Kacang gajus adalah salah satu kekacang yang enak di makan sahaja atau menjadi kudapan.

Berasal dari biji buah gajus dan diproses sehingga menjadi kacang gajus yang boleh dimakan begitu sahaja. Malah, ada yang menggunakannya sebagai bahan dalam membuat kek dan sebagainya.

Keenakannya mengandungi banyak khasiat yang tersembunyi. Antaranya ialah mineral, protein, kalsium, magnesium, zat besi, potasium, fosforus dan zink.

Selain bagus untuk mereka yang sedang diet, kacang gajus juga mengandungi kandungan gula yang sangat rendah dan tiada kolestrol buruk. Ianya selamat dimakan bagi penghidap diabetes.

Fosforus penting dalam membentuk tulang dan gigi yang kuat serta membantu dalam sistesis protein, menyerap lemak dan karbohidrat.

BACA JUGA :   Salji di Rusia Bertukar Menjadi Warna Hitam. Luar Biasa.

Zink yang terkandung dalam kacang gajus ini mampu meningkatkan sistem imun yang ada dalam badan kita. Justeru itu, sistem imun yang kuat dapat menentang jangkitan mikrob dan meyembuhkan luka dengan cepat.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here