Lapangan Terbang Antarbangsa Soekarno Hatta di Jakarta menyediakan hotel dan sleeping pod untuk para penumpangnya. Bagi anda yang mungkin menunggu transit atau flight delay, anda boleh menginap di hotel yang disediakan.
Digital Airport Hotel di Terminal 2
Hotel ini dilengkapi dengan 136 bilik dan 5 sleeping pod untuk penumpang yang memerlukan penginapan segera. Hotel ini mula beroperasi pada 27 Februari 2020. Setiap bilik dilengkapi dengan peralatan multimedia, charging ports, penghawa dingin, shower dan juga lampu baca.
Kadar harga adalah berlainan mengikut peruntukan masa anda. untuk 6 jam adalah RM83 manakala jika 9 jam pula adalah RM90. Namun jika anada memilih untuk menyewa selama sehari, ianya adlah RM103. Ianya mampu memuatkan hanya seorang pada satu-satu masa.
Tambahan, penumpang juga boleh memilih alternatif lain untuk menginap iaitu menyewa sleeping pod. Ianya adalah yang pertama di lapangan terbang di seluruh Indonesia. Namun, mengikut maklumat, ianya masih belum dibuka kepada orang ramai dan masih dalam tempoh pengawasan.
Anda boleh menyewa di hotel ini jika ketinggalan pesawat atau flight transit dan delay. Namun anda juga boleh menginap disini untuk rasai pengalaman yang berbeza.
DAULAH EDUCONSULT menawarkan pengajian ke Indonesia. Berminat? Mendaftar segera bersama Daulah Educonsult.
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)