Kumpulan indie Bunkface telah mengeluarkan satu lagu baru yang bertajuk Akhir Zaman. Tidak lama selepas muzik video lagu tersebut dikeluarkan, Youtube telah mengambil tindakan dengan memadamnya dari platform mereka.

Lagu tersebut mengangkat isu yang membabitkan LGBT dan politik. Hal ini demikian kerana terdapat bait lirik yang berbunyi seperti : “LGBT pergi mampus”. Namun menurut mereka tujuan asal lagu itu adalah dicipta demi mempertahankan maruah agama Islam.

Namun menurut ahli anggota Bunkface, Sam lirik tersebut adalah ditujukan kepada mereka yang beragama Islam sahaja. Namun Sam berterima kasih di atas segala kritikan negatif dan juga positif yang diberikan oleh pendengar lagu mereka.

Tambahnya, ia juga mengikut sebaris ayat yang diterjemah daripada Al-Quran bermaksud ‘Engkau agamamu, aku agamaku’ iaitu berdasarkan surah Al-Kafirun, ayat 6. Mereka juga tidak berniat atau mahu membenci mana-mana individu ataupun mempromosikan kebencian terhadap golongan LGBT.

BACA JUGA :   5 Strategi Marketing Yang Mendorong Kejayaan Huawei Dalam Industri Smartphone

Yang haram itu tetap haram dan definisi Islam sendiri bermaksud menyerah atau tunduk patuh kepada ajaran-Nya. Jadi, siapalah kita untuk mempersoalkan hukum hakam yang sudah ditetapkan-Nya. Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan diberkati oleh Allah,” katanya.

Lirik video lagu berkenaan telah dipadam oleh Youtube, namun anda masih boleh mendengarkannya di platform muzik digital seperti Spotify, Joox dan juga Deezer.

 

BERMINAT MELANJUTKAN PENGAJIAN KE LUAR NEGARA

MENDAFTAR SEGERA BERSAMA DAULAH EDUCONSULT

DAULAH EDUCONSULT adalah sebuah platform yang menyediakan peluang sambung belajar di luar negara dalam bidang yang diminati. Antara negara yang ditawarkan adaah Poland, Rusia, Indonesia, Mesir, dan Bangladesh. Selain Mesir, Pengajian Islam turut ditawarkan di Indonesia. Kecapi impian anda bersama DAULAH EDUCONSULT.

BACA JUGA :   5 Strategi Marketing Yang Mendorong Kejayaan Huawei Dalam Industri Smartphone

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here