Kebimbangan yang melanda seluruh dunia akibat penularan pandemik COVID-19 telah menyebabkan banyak negara menyekat kemasukan pelancong asing.
Namun, kerajaan Thailand masih lagi dibuka untuk kemasukan pelancong asing tetapi bersyarat.
Syarat ketat dikenakan ke atas pelancong yang datang dari negara tertentu iaitu China, Hong Kong, Macau, Iran, Itali dan Korea Selatan.
Menurut Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha, pelancong yang tiba dari negara berkenaan perlu memiliki sijil kesihatan yang tidak melebihi tiga hari bersama dengan insuran kesihatan.
Pelancong juga wajib memuat turun aplikasi dalam talian untuk memantau tahap kesihatan mereka sepanjang berada di negara itu.
Peraturan yang sama juga digunapakai bagi pelancong yang datang dari negara yang dijangkiti wabak, tetapi prosedur masih belum dijelaskan lebih lanjut.
Tambah beliau lagi, sambutan Pesta Songkran yang sepatutnya diadakan tahun ini akan ditangguhkan bagi mengelakkan penularan COVID-19 ini.
Sedang mencari platform untuk melanjutkan pengajian di luar negara? Daulah Educonsult akan bantu anda!
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)