Taman Impian Jaya Ancol adalah sebuah taman tema terbesar di Jakarta Utara yang dilengkapi dengan pelbagai fasiliti yang sesuai untuk semua peringkat umur. Lebih dikenali sebagai Ancol, ianya dilengkapi dengan restoran, permainan dan hotel.

Ayuh bersama Deenamik untuk jelajahi apa yang terdapat di taman permainan kebanggaan warga Jakarta ini.

Pantai dan Taman 

Swan Pedal Boat

Merupakan satu pantai yang indah yang terdapat di dalam kota Jakarta. Pengunjung akan dapat menikmati Pantai Lagoon, Festival, Indah, Beach Pool dan Carnaval dan juga Danau Impian. Pantai ini adlaah sepanjang 6.5 km.

Terdapat Kereta Wisata Sato-Sato yang beroperasi menghantar pengunjung ke taman permainan yang lain. Terdapat juga Jimbaran Resto, Le Bridge, Starbucks, Segarra, Talaga Sampireun dan sebagainya.

Dunia Fantasi (DuFan)

Halilintar

DuFan adalah taman tema pertama yang dilengkapi dengan permainan dan kelengkapan outdoor. Dilengkapi dengan 9 buah permainan berteknologi tinggi dan terbahagi kepada Indonesia, Jakarta, Asia, Eroph, Amerika, Yunani, Hikayat, Kalila dan Fantasy Lights.

BACA JUGA :   Mode Gelap Untuk Whatsapp #DarkMode

Sea World Ancol

Kawasan ini adalah kawasan yang dilengkapi dengan hidupan marin. Sea World Ancol terbahagi kepada 3 iaitu Pendidikan, Konservasi dan Hiburan. Kawasan ini dilengkapi dengan 7,300 habitat air tawar.

Atlantis Water Adventures 

Asthatirta

Merupakan taman rekreasi air tematik dengan konsep peradaban dan kota kuno era Mediterania yang mempunyai letusan gunung berapi dan gempa bumi. Terdapat 9 buah kolam disini.

Ocean Dream Samudra

Istana Penguin

Ocenarium terbesar ini dilengkapi dengan pentas pertunjukan ikan lumba-lumba, singa laut dan juga akuarium ikan laut dan tawar. Terdapat juga bermacam jenis binatang yang boleh didapati disini. Ancol adalah pusat perlindungan bagi ikan lumba-lumba dan mempunyai trainer yang mempunyai kualiti dan berlesen.

Pasar Seni

Pasr Seni adlaah pusat seni budaya yang dilengkapi dengan kesenian yang pelbagai. Mempunyai lebih 120 studio seniman dan juga puluhan usaha kreatif. Ianya turut dilengkapi dengan galeri seni, panggung pertunjukan yang memelihara hampir kesmeua seniman dan juga pengusaha kreatif.

BACA JUGA :   Madrasah Daulah Persediaan Ke Universiti Al-Azhar

Jika anda berkunjung ke Jakarta, jangan lupa berkunjung ke Ancol. Ancol dilengkapi dengan hotel bertaraf 3 bintang yang mempunyai harga bermula dari RM80.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Indonesia

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here