Perdana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan tugas beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia pada hari ini. Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Zuki Ali.

Beliau telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kelapan di hadapan Yang di-pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Yang di-pertuan Agong berkenan dengan pelantikan tersebut yang berlangsung di Istana Negara pada 1 Mac selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Sumber dari Astro Awani

Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berusia 72 tahun mempunyai 4 orang anak dan berasal dari Muar, Johor. Beliau merupakan ahli Parlimen Pagoh, Johor sejak tahun 1978. Sebelumnya, beliau pernah memegang jawatan sebagai Menteri Besar Johor pada tahun 1986 dan merupakan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2009.

BACA JUGA :   Rancang Masa Depan dengan Daulah Educonsult

Pada tahun 2016, beliau dipecat dari jawatan tersebut dan pada tahun 2017, beliau dilantik sebagai Timbalan Presiden dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan. Seterusnya, pada 29 Februari 2020, beliau diumumkan sebagai Perdana Menteri ke-8 Malaysia.

Presiden Indonesia, Joko Widodo turut mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyidin dan mendoakan agar beliau menjanlankan tugas dengan amanah dan sukses serta semoga kedua-dua negara terus diberkato Tuhan.

Deenamik mengucapkan sekalung tahniah buat Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan semoga mampu membangunkan Malaysia dengan cemerlang bagi tahun 2020 ini.

Berminat melanjutkan pengajian ke luar negara dalam bidang yang diminati? Mendaftar segera bersama DAULAH EDUCONSULT.

BACA JUGA :   Kemasukan Ke Universiti Di Rusia Sesi September Kembali Dibuka

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here