Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan.

Hal ini merupakan antara yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia selepas pelantikan Tan Sri Muhyiddin. Beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 11 pagi ini. Seterusnya, setelah mendapat perkenan, Tan Sri Muhyiddin akan mengumumkan senarai Jemaah Menteri pada jam 5 petang ini.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau mahu mereka yang dilantik adalah terdiri dari pemimpin yang berkualiti dan berintegriti.

Selain itu,  Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang merupakan Mufti Perlis memberi bayangan bahawa barisan Kabinet yang bakal dilantik adalah mereka yang melepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

BACA JUGA :   Konsep 'Malaysia Baru' Mencuit Perhatian Warga Indonesia

Tambah beliau, setiap calon menteri yang akan menganggotai Kabinet baharu ini juga diminta memberikan maklumat sahih mengenai sijil akademik mereka.

Berminat melanjutkan pengajian ke luar negara? Mendaftar segera bersama DAULAH EDUCONSULT

 

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

BACA JUGA :   Ini Sebab Kenapa Muhyiddin Tolak Tawaran Jadi MB Johor

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here