Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh kerajaan pada 12 Mac yang lalu digunakan sebaiknya oleh rakyat Malaysia untuk duduk di rumah sahaja. Situasi ini diharapkan dapat mengurangkan risiko penyebaran wabak Covid-19. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di rumah sepanjang tempoh dua minggu perintah ini berkuatkuasa.

Rakyat Malaysia mengambil peluang ini untuk mencuba resepi kopi viral dari Korea iaitu Kopi Dalgona. Rasanya yang lemak sangat digemari oleh rakyat Malaysia yang gemar mencuba resepi dan rasa baru.

Oleh itu, Deenamik mengambil peluang ini kerana jika dilihat di Twitter dan Facebook, sudah ramai yang berkongsi resepi untuk membuat Kopi Dalgona ini. Rata-rata berpuas hati dengan rasanya yang sedap. Makin bertambah sedap jika anda mencuba untuk membuatnya sendiri di rumah.

Bahan yang digunakan juga mudah didapati. Kopi viral ini hanya memerlukan lima bahan sahaja untuk mencipta rasanya yang enak.

Bahan-Bahan

  • 2 sudu nescafe / kopi / coklat / milo
  • 2 sudu gula
  • 2 sudu air panas
  • Susu Full Cream
  • Air batu

Cara-Cara Membuat

  1. Kacau serbuk nescafe, gula dan air panas bersama di dalam bekas sehingga kembang.
  2. Seterusnya, masukkan air batu dan susu ke dalam cawan dengan sukatan ¾ daripada cawan tersebut.
  3. Kemudian, letakkan bahan kacauan tadi di atas susu dan Kopi Dalgona sedia untuk dinikmati.

Anda bebas untuk memilik sama ada mahu menggunakan nescafe, kopi, coklat atau milo. Ianya tertakluk kepada citarasa anda sendiri. Terdapat dua cara untuk mengacau bahan-bahan tersebut iaitu menggunakan sudu sahaja atau mixer.

Selamat mencuba!

Jangan lupa share resepi anda di ruangan komen.

Anda juga boleh kongsikan aktiviti apa yang dilakukan sepanjang anda berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here