Penularan COVID-19 yang semakin menggila di Malaysia menyebabkan kerajaan terpaksa menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan pada 12 Mac 2020. Oleh itu, kebanyakan rakyat Malaysia memilih untuk memasak di rumah atau hanya membuat pesanan makanan menerusi aplikasi penghantaran makanan.
Deenamik akan senaraikan beberapa perkhidmatan penghantaran makanan yang akan memudahkan anda.
GRABFOOD
Grab bermula dengan 300 merchants dan sehingga kini berkembang sehingga 1000+ merchants di seluruh Malaysia. Sangat terkenal dengan perkhidmatan e-hailing yang ditawarkan , purata rakyat Malaysia berpuas hati dengan perkhidmatan tersebut.
Kelebihan :
- Perkhidmatan yang sangat baik ditambah pula dengan kecekapan rider mereka yang sangat proaktif dan komited menjalankan perkhidmatan.
- Grabfood mempunyai sistem e-wallet yang memudahkan pelanggan untuk menempah makanan dengan secara cashless.
- Menawarkan promosi penghantaran secara percuma.
- Penghantaran makanan turut dilakukan ketika cuaca tidak menentu.
- Lambakan restoran yang sangat banyak dan mudah didapati.
BUNGKUSIT
Bungkusit bermula pada tahun 2018. Bungkuisit berperanan dalam membantu golongan rider kelas B40. Motif utama dalah untuk membantu menjana pendapatan golongan B40. Tambahan, harga yang dikenakan juga berbaloi.
Kelebihan :
- Pelanggan bebas menempah makanan di mana sahaja dan rider Bungkusit juga bertindak sebagai runner.
- Tidak hanya tertakluk kepada restoran, Bungkusit juga mengambil pesanan di warung tepi jalan.
- Pelanggan dibenarkan menempah di beberapa jenis destinasi untuk seorang rider.
- Penghantaran sejauh 500km radius.
FOODPANDA
Foodpanda adalah yang pertama yang menawarkan perkhidmatan ini di Malaysia. Foodpanda sering menawarkan promosi dan potongan diskaun. Walaupun pernah dilanda kontroversi suatu ketika dulu, namun Foodpanda bangkit semula untuk terus menawarkan perkhidmtan kepada pelanggan setianya.
Kelebihan :
- Rider dibekalkan dengan sebuah beg untuk memastikan makanan anda sentiasa segar dan panas.
- Terdapat banyak pilihan di dalam aplikasi tersebut.
- Caj penghantaran juga sangat berbaloi.
Safer Group juga menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan seperti syarikat penghantaran makanan yang lain. Safer Food dijangka akan menemui pelanggan pada penghujung Mei tahun 2020. Sama-sama kita nantikan kemunculannya.
Layari website Safer untuk maklumat lanjut https://www.safer.my/
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Khidmat Pelanggan : 01120586389