Perkembangan teknologi pada masa kini bukan sahaja membantu masyarakat untuk berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Namun turut membantu dalam segi pembayaran tanpa tunai atau cashless.

Walaupun penerimaan platform pembayaran digital ini baru dalam fasa awal, namun sudah ramai rakyat Malaysia yang menerima pembaharuan ini.

Apa Itu CASHLESS?

Teknologi pembayaran tanpa tunai ini turut dikenali sebagai nirtunai. Pembayaran misalnya berbentuk dompet elektronik, perbankan internet, sistem tunai elektonik dan juga pindahan dana elektronik.

DEENAMIK telah senaraikan beberapa sistem pembayaran digital atau cashless yang terdapat di Malaysia.

? Samsung Pay

Samsung Pay menggunakan teknologi Magnetic Secure Transmission (MST) dan juga Near Field Communication (NFC). Muat turun aplikasi di telefon pintar anda dan daftarkan cap jari anda yang berfungsi sebagai pengesahan keselamatan. Anda juga boleh mendaftar kad bank dengan menggunakan Samsung Pay.

Alipay

Dikendalikan oleh Ant Financial Services Group di Malaysia. Ianya dilancarkan di China pada tahun 2004 oleh pengasas Alibaba Group, Jack Ma. Alibaba adalah antara paltform pembayaran mudah alih terbesar di China dengan 450 juta pengguna aktif.

Alipay boleh dugunakan untuk membayar tambang teksi, membeli makan dan barangan, menempah hotel, membeli tiket wayang dan sebagainya. Di Malaysia, Alipay bekerjasama dengan Maybank dan CIMB Bank.

BACA JUGA :   Safer Bakal Terajui Industri Penghantaran Makanan

Untuk menggunakannya, anda perlu mempunyai akaun dan daftar. 7-Eleven antara outlet pertama di Malaysia yang menggunakan perkhidmatan Alipay.

Paypal

Untuk menggunakan Paypal, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dan rangkaikannya ke kad kredit atau kad debit. Jika anda ingin lakukan pembayaran untuk tujuan peribadi, akaun peribadi adalah sesuai kerana ianya adalah percuma.

Tiada caj yang dikenakan untuk setiap transaksi melalui baki Paypal atau eChecks, sejenis pembayaran meggunakan akaun bank anda. Jika pindahan atau bayaran dibuat menggunakan kad debit atau kredit, caj transaksi akan dikenakan.

CIMB Pay

CIMB Pay memudahkan anda untuk melakuka pembayaran hanya dengan menggunakan telefon pintar. Terdapat dua cara untuk melakukan pembayaran dengan menggunakan CIMB Pay. Antara ialah bayaran di kedai dan bayaran secara online.

Bayaran di kedai:

  1. Muat turun dan lancarkan aplikasi CIMB Pay. Dekatkan telefon pintar ke terminal pembayaran.
  2. Sahkan menggunakan kata laluan atau cap jari.
  3. Sentuh telefon ke terminal pembayaran untuk melengkapkan urusniaga.

Bayaran secara online:

  1. Di halaman pembayaran, klik butang Masterpass.
  2. Masukkan email dan pilih CIMB Pay.
  3. Pilih kad yang ingin digunakan serta alamat penghantaran.
  4. Sahkan maklumat dan lengkapkan urusniaga.
BACA JUGA :   Langkah Mudah Hantar Parcel Dengan SAFER Delivery !

MOLPay

Servis MOLPay amat popular dalam kalangan anak muda yang masih belum berkelayakan untuk menggunakan kad kredit. Melalui ini, mereka mampu melakukan ppembelian secara online dengan mudah.

GrabPay

Pada awalnya, penggunaannya hanya terhad kepada penumpang yang menggunakan perkhidmatan kereta. Namun, berkembangnya Grab dengan penghantaran makan dan juga barangan, pelanngan boleh membayar hanya dengan menggunakan Grabpay sahaja.

PENGUMUMAN !

Safer juga menawarkan sistem e-wallet seperti GrabPay dan sebagainya. Penumpang Safer juga boleh melakukan transaksi secara online sahaja. Bukan sahaja mudah, bahkan selamat.

Safer juga sedang membuka tawaran kepada pemandu di luar sana untuk menyertai Safer sebagai pemandu. Bersama Safer anda mampu menjana pendapatan aktif dan pasif dalam satu masa yang sama.

Klik pautan ini untuk lakukan pendaftaran : http://tinyurl.com/ycarzudz

Jangan lupa untuk follow dan ikuti maklumat semasa mengenai Safer.

Website: https://www.safer.my/

Facebook : https://www.facebook.com/saferasia/

Instagram : https://www.instagram.com/safer.my/

Twitter : https://twitter.com/SAFERofficial

Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCYIJhI_1-dfnz-cv_kv84Fw

ATAU hubungi

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here