Sambung belajar bidang pergigian di Medan bersama Daulah Educonsult

0
543

Bidang pergigian adalah bidang kedua yang diminati untuk para pelajar memilih di peringkat pengajian tinggi selepas Perubatan. Ini adalah kerana mereka peka mengenai peluang pekerjaan ini. Ada diantara mereka yang ingin menyambung pengajian bidang pergigian ini di luar negara. Terdapat banyak universiti yang menawarkan bidang pergigian di luar negara.

Pelajar USU 2019

Bagi mereka yang ingin sambung belajar bidang pergigian di luar negara tetapi tidak terlalu jauh, ada peluang anda! Daulah Educonsult menawarkan Bidang Pergigian di Medan iaitu Universiti Sumatera Utara. Jarak antara Malaysia dan Medan hanya tempoh 1 jam perjalanan sahaja. Jadi tiada istilah “homesick” walaupun belajar di luar negara.

Tentang Universiti

Universiti Sumatera Utara atau USU adalah universiti awam yang terletak di kota Medan di Sumatera Utara, Indonesia.

Ia terletak di Padang Bulan, di Kecamatan Medan Baru Medan, dekat dengan Pusat Kota, dengan luas seluas 122 hektar. Disebabkan peningkatan jumlah pelajar, sebuah kampus baru dibina di Kwala Bekala, kira-kira 15 kilometer dari kampus asal, di kawasan seluas kira-kira 300 hektar.

USU ditubuhkan sebagai Yayasan Universitet Sumatera Utara pada 4 Jun 1952. Pada mulanya, yayasan itu hanya menyediakan satu jabatan, iaitu Fakulti Perubatan, yang ditubuhkan pada 20 Ogos 1952, yang kini diperingati sebagai ulang tahun USU. Presiden pertama Indonesia, Soekarno, meresmikan USU pada 20 November 1957, sebagai universitas negeri ketujuh di Indonesia.

Latar Belakang Fakulti Pergigian

Fakulti Pergigian, Universiti Sumatera Utara merupakan fakulti kedokteran Gigi pertama yang berada di luar pulau Jawa. (FKG USU) telah ditubuhkan pada 3 November 1961. Fakulti Pergigian USU mempunyai sepuluh jabatan, iaitu Jabatan Orthodontik, Prosthodontik, Sains Pembedahan Mulut, Sains Pemuliharaan Pergigian, Periodontia, Sains Penyakit Mulut, Pediatrik Sains Kesihatan Pergigian, Biologi Sains Lisan, Sains dan Teknologi, Persatuan Pergigian Pergigian / Sains Pergigian Pergigian dan satu Unit, Unit Radiologi Pergigian. Selain itu, untuk melaksanakan pelbagai aktiviti, beberapa Unit Pelaksanaan Teknikal (UPT) telah dibentuk.

USU bukan sahaja terkenal dengan Pergigian, malah Fakulti pertama iaitu Kedokteran dan Farmasi juga ada ditawarkan.

Tidak perlu risau mengenai pengiktirafan kerana USU telah diiktiraf oleh KPT, MQA, MMC, MDC dan MPS

Pelajar Daulah Educonsult di USU (Pelajar perubatan & Pergigian)

Anda merupakan pelajar lepasan SPM/IGCSE/O-Level/Asasi/Matriks/Diploma/STPM/A-Level @ Setaraf? Universiti Sumatera Utara sedang membuka permohonan bagi sesi September 2020. Ayuh segera hubungi Daulah Educonsult untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat dan permohonan universiti. Dengar cerita, tempat kemasukan adalah TERHAD

JOM SAMBUNG BELAJAR BERSAMA DAULAH EDUCONSULT

Daulah Educonsult adalah sebuah platform yang membantu dalam merealisasikan impian pelajar untuk Berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa. Seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir dan Indonesia. Pelbagai bidang ditawarkan oleh Daulah Educonsult termasuk beberapa buah negara antaranya ialah Rusia, Poland, Bangladesh, Mesir dan banyak lagi.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendaftar bersama Daulah Educonsult!

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here