Sebuah jambatan yang terkenal di Padang, Indonesia iaitu jambatan Siti Nurbaya. Jambatan ini menyimpan pelbagai kisah dan sejarah.

Kebanyakan pengunjung tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan matahari terbenam di atas jambatan ini.

Dibina sekitar tahun 1995 dan dirasmikan pada tahun 2002. Jambatan ini merentasi sebatang sungai iaitu sungai Batang Arau panjangnya kira-kira 156 meter.

Menurut masyarakat tempatan, Siti Nurbaya ada sebuah kisah dimana seorang gadis anak kepada orang kaya yang dipaksa berkahwin dengan orang lain.

Siti Nurbaya mempunyai seorang kekasih hati yang bernama Samsul Bahri namun kerana hutang orang tuanya terhadap Datuk Maringgih, dia terpaksa bernikah dengan Datuk Maringgih kerana kasihankan ayahnya.

BACA JUGA :   Rebut Peluang Belajar Bidang Veterinar di Indonesia

Menurut cerita tempatan, ayahnya jatuh bankrap dan berhutang dengan Datuk Maringgih dalam jumlah yang banyak dan tidak mampu untuk menyelesaikan hutang tersebut.

Lalu Datuk Maringgih meminta untuk bernikah dengan Siti Nurbaya dan hutang dikira selesai. Oleh kerana kasihankan ayah, Siti Nurbaya menurut sahaja.

Selepas bernikah, Datuk Maringgih mendapati Siti Nurbaya masih mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya iaitu Samsul Bahri. Kemudian dia diracun dan mati.

Kematiannya telah membangkitkan kemarahan Samsul Bahri dan bergabung dengan pasukan Belanda untuk menyerang kampung Datuk Maringgih. Akhirnya, Datuk Maringgih dan Samsul Bahri tewas dimedan perang.

Makam Siti Nurbaya terletak di Gunung Padang dan perjalanan menaiki anak tangga sekitar satu kilometer untuk sampai ke makam ini.

BACA JUGA :   Tradisi Pacu Jalur di Riau

Sejauhmana kebenaran kisah ini, wallahualam.

Daulah Educonsult membuka peluang kepada anda untuk melanjutkan pengajian luar negara. Jika anda mempunyai sebarang masalah, konsultan Daulah Educonsult sedia membantu anda!

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama    : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here