Tawaran kemasukan Universiti Andalas Indonesia

0
677

Tahukah anda Universiti Andalas (UNAND) telah membuka tawaran kemasukan bagi pelajar yang berminat dalam bidang perubatan di Indonesia bagi sesi 2020.

Tentang Universiti

Universiti Andalas atau singkatannya (UNAND) adalah universiti awam yang terletak di Kota Padang, Sumatera Barat Indonesia. Universiti ini merupakan universiti tertua di luar Jawa yang secara rasmi dibuka pada 23 Disember 1955.

Google image

Universiti ini terdiri daripada lima belas fakulti dengan kampus utama di Limau Manis, Padang dan juga di Payakumbuh dan Dharmasraya.

Google image

Dalam penilaian dan pengkelasan Pendidikan Tinggi berdasarkan prestasi penyelidikan yang dilancarkan oleh Kementerian Penyelidikan dan Teknologi/ Agensi Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan pada November 2019, Universiti Andalas menduduki tempat keempat institusi pengajian tinggi Indonesia.

Google image

Universiti Andalas telah diiktiraf penuh oleh JPA, MQA, dan MMC bagi bidang perubatan.

Fasiliti yang disediakanย 

  • Perpustakaan
  • Pusat Kegiatan Mahasiswa
  • Masjid Nurul Ilmi
  • Asrama Mahasiswa
  • Kemudahan pengangkutan bas
  • Hospital Universiti
  • ATM

Adakah anda merupakan lepasan SPM/IGCSE/O-Level/Matriks/Asasi/STPM/STAM/A-level/IB/Diploma @ setaraf dan masih mencari peluang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan?

DAULAH EDUCONSULT sedia membantu anda untuk merealisasikan cita-cita anda. Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here