Perkahwinan adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam. Ianya sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW.
Namun, pada masa kini ramai sahaja yang sudah berusia tetapi belum berkahwin. Jodoh yang datang dekat kita adalah dari Allah, begitu juga dengan ajal, maut dan pertemuan segalanya ditangan Allah.
Ada beberapa sebab mengapa wanita lambat kahwin, antaranya ialah:
1. Hati Serik
Apapun perkara yang melibatkan soal hati dan perasaan pastinya seseorang itu akan serik dan tidak ingin mengulanginya lagi. Tambahan, hal yang melibatkan percintaan seperti putus cinta, tunang dan sebagainya. Seseorang itu akan merasai sakitnya dikhianati dan serik untuk bercinta apatah lagi untuk kahwin.
2. Kecewa
Kebanyakan perempuan masa kini kecewa dengan sikap lelaki yang acuh tidak acuh, memandang kecantikan sahaja, merendahkan perempuan dan sebagainya. Justeru itu, wanita akan merasakan mereka boleh hidup tanpa lelaki dan berdiri tanpa lelaki. Wanita akan membiarkan soal perkahwinan itu berlalu begitu sahaja tanpa perlu memikirkan.
3. Mementingkan kerjaya
Wanita masa kini lebih pentingkan kerjaya berbanding perkahwinan. Ini kerana mereka merasakan boleh berdikari dan hidup tanpa lelaki.
Perkahwinan bukan perkara yang boleh dimain-mainkan. Ianya bukan sehari dua, tetapi sepanjang hidup. Jika kita tersilap memilih pasangan, maka meranalah kita sepanjang hayat.
Setiap yang diaturkan oleh Allah itu lengkap dengan pakej hikmahNya. Jika lambat kahwin, pasti Allah izinkan kita untuk berbakti kepada orang tua dahulu. Selain itu, kemungkinan juga Allah menyelamatkan kamu dari orang yang mensia-siakan hidup kamu.
Sekiranya, anda belum mendirikan rumahtangga, anda harus bersangka baik bahawa Allah ingin menyelamatkan anda dari orang yang salah, Allah memberikan anda lebih masa bersama ibu bapa dan membuat kebaikan terlebih dahulu.
Inginkan sambung belajar di luar negara? Daulah Educonsult ada jawapannya!
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)