Wabak pembunuh COVID-19 telah menggemparkan dunia iaitu Malaysia mengungguli carta tertinggi kes di Asia Tenggara. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan kepada rakyat Malaysia.

Sebarannya berlaku adalah melalui sentuhan dan bukannya melalui udara. Namun, negara Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan kehabisan stok hand sanitizer dan juga topeng muka. Fenomena panic buying juga sudah mula terjadi di beberapa negeri di Malaysia.

Namun, ada juga pihak yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga yang tinggi terhadap penjualan topeng muka dan juga hand sanitizer. Ianya ibarat mengambil kesempatan di dalam kesempitan.

Wujud juga penjualan topeng muka kain bercorak yang berwarna-warni dan indah yang sejujurnya tidak memberi sebarang perlindungan terhadap si pemakai. Deenamik akan kongsikan kepada anda mengapa topeng muka kain tidak sesuai digunakan ketika wabak COVID-19 ini berlaku.

  1. Topeng muka kain mempunyai tahap retensi kelembapan yang tinggi yang menyebabkan kuman mudah berkumpul.
  2. Topeng muka kain mudah tercemar kerana ianya yang bersifat boleh dikitar semula dan dipakai semula. (sentuh dan guna semula)
  3. Penapisan juga tidak kan berlaku dengan berkesan kerana sebanyak 97% partikel akan tembus melalui topeng muka kain ini.
BACA JUGA :   5 “SEBAB” Anda Patut Belajar Di Luar Negara

Gunakan topeng muka yang menepati piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia. Terdapat juga cara yang betul untuk membuang topeng muka ini selepas digunakan.

  1. Buka topeng muka dan lipatkan dengan rapi
  2. Letak dalam beg plastik dan ikat kemas. Kemudian buang ke tong sampah
  3. Cuci tangan dengan bersih terutama ketika hendak memakai topeng muka yang baru

Deenamik nasihatkan, patuhi arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan sentiasa amalkan kebersihan walau dimana anda berada.

Berminat melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan? Daulah Educonsult sedia membantu.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

BACA JUGA :   Bidang Veterinar di Agricultural University Bangladesh

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here