Wajah yang bersih, bebas masalah dan segar adalah wajah idaman setiap wanita. Jika ada masalah yang menimpa wajah, pastinya anda runsing memikirnya. Mulalah pelbagai petua dan cara anda guna.

Salah satu cara untuk mendapatkan kulit wajah yang sihat dan segar adalah anda perlu rajin mencucinya setiap hari pada pagi dan malam.

Selain ianya adalah membersih daripada kotoran, ianya juga dapat membuka pori-pori kulit untuk bernafas. Disamping itu, wajah anda akan kurang berisiko untuk berjerawat.

Wajah hendaklah dibersihkan sebelum tidur. Ini adalah untuk menghapuskan kotoran yang melekat disiang hari seperti penggunaan mekap, pencemaran, kotoran yang terkumpul dan sebagainya.

Pada waktu pagi pula adalah kerana untuk membuang sel kulit mati atau bahan yang tidak diperlukan yang terkumpul pada wajah anda pada waktu malam sewaktu tidur.

BACA JUGA :   Nak travel tapi persiapan tidak ada? Ini persiapan terbaik untuk anda!

Pastikan anda memilih produk yang sesuai dengan kulit anda bagi mengelakkan daripada terkena masalah kulit.

Seusai mencuci muka, anda perlu mengikuti langkah penjagaan kulit seperti biasa iaitu penyegar, pelembap, serum dan pelindung matahari yang dipakai waktu siang sahaja.

Hindari
  • Tangan yang kotor semasa mencuci muka
  • Penggunaan air panas untuk membasuh muka
  • Membasuh muka ala kadar
  • Mengesat muka dengan tuala yang kasar sehingga menyebabkan kemerahan pada muka

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here