Kanser kolorektal adalah kanser yang melibatkan usus besar dan merupakan kanser kedua tertinggi di Malaysia.

Ianya kedua tertinggi selepas kanser payudara iaitu sebanyak 19% manakala kanser kolorektal ini sebanyak 13.5%.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, kanser ini sering berlaku dalam kalangan lelaki iaitu sebanyak 16.9% dan kanser kedua yang menimpa kalangan wanita iaitu sebanyak 10.7%.

Risiko untuk mendapat kanser kolorektal ini adalah disebabkan pertambahan usia, menghidap radang usus, sejarah keluarga dan mempunyai kolon polip.

Selain itu, gaya hidup yang tidak seimbang dan tidak aktif juga antara punca. Kurangnya pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran turut dikaitkan dengan risiko untuk mendapat kanser kolorektal ini.

BACA JUGA :   Jom Sambung Bidang Perubatan di Medical University of Lodz, Poland

Walaubagaimanapun, kanser kolorektal ini dapat dikesan awal sekiranya melakukan ujian saringan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah lagi, Mac adalah bulan kesedaran untuk kanser kolorektal dan Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup sihat bagi mencegah kanser kolorektal ini.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here