Atlet angkat berat Malaysia terpaksa membatalkan hasrat untuk beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo. Hal ini ekoran arahan yang dikeluarkan Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa  (IWF) yang tidak membenarkan atlet dari Malaysia menyertai temasya berkenaan.

Sukan Olimpik Tokyo terpaksa ditangguhkan selama setahun susulan wabak COVID-19. Temasya antarabangsa itu dijadualkan akan berlangsung pada Julai 2020 namun ditangguhkan pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.

Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat berkata, pihak mereka akan mengkaji sama ada akan membuat rayuan atau tidak berdasarkan implikasi terhadap keputusan, kewangan dan juga masa persatuan berkenaan.

Tambahnya, Malaysia telah menjalani satu Pendengaran keputusan IWF, kejohanan dalaman, kebangsaan dan juga Sukan Malaysia (Sukma) 2020 yang dijadualkan berjalan seperti biasa.

BACA JUGA :   Universiti & Bidang Yang Sesuai Bagi Lepasan SPM/IGCSE/O-Level/Matriks/Asasi/STPM/STAM/A-level/IB/Diploma @ setaraf

“Keputusan IWF adalah tertakluk kepada kejohanan dan aktiviti IWF di peringkat antarabangsa. Berdasarkan keputusan IWF, kejohanan dalaman, kebangsaan dan Sukan Malaysia (Sukma) 2020 adalah berjalan seperti dirancang,” katanya.

IWF menetapkan PABM digantung dari menyertai sebarang aktiviti IWF selama setahun bermula 1 April 2020 hingga 1 April 2021. Hal ini mengakibatkan kesemua atlet angkat berat Malaysia tidak dibenarkan menyertai Sukan Olimpik 2020.

Atlet angkat berat dari Johor yang terpaksa melupakan hasrat ke temasya Olimpik Tokyo

Sebelumnya, PABM telah didenda sebanyak RM111,552 pada tahun lalu. Hal ini berikutan isu doping empat atlet negara namun Malaysia sudah menjelaskan denda tersebut pada September 2019.

Selain Malaysia, atlet dari Thailand juga menerima nasib sama ekoran kedua-dua negara mencatatkan kes doping terbanyak.

BACA JUGA :   Kepulauan Riau Destinasi Bebas Cukai Indonesia

Inginkan peluang melanjutkan pengajian ke luar negara? Dapatkan info terkini hanya di DAULAH EDUCONSULT. Hanya klik di pautan ini :

Siapakah DAULAH EDUCONSULT?

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Makluamt dan lain-lain.

Ingin tahu lebih lanjut, hubungi talian berikut

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here