Bagaimana Cara Jana Pendapatan Pasif dengan SAFER?

0
1310

Tahun ini adalah tahun sukar buat rakyat Malaysia kerana tidak dapat berniaga di bazar Ramadan, keluar mencari rezeki dan sebagainya. Ini adalah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diarahkan oleh kerajaan dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Namun begitu, mereka yang dibenarkan bekerja dari rumah pasti ada punca pendapatan. Bagaimana dengan mereka yang mencari punca pendapatan secara harian? Ada dalam kalangan mereka masih menjalankan perniagaan makanan tetapi hanya dari rumah. Pelbagai cara dan usaha dilakukan bagi membuahkan hasil.

Disini kami akan mengajarkan anda satu cara untuk menjana pendapatan secara pasif dengan SAFER. Bagaimana caranya? Jom baca lebih lanjut !

Apa itu pendapatan secara pasif?

Maksud pendapatan secara pasif adalah anda memperolehi pendapatan tanpa perlu keluar untuk bekerja, memerah tenaga dan sebagainya. Ianya datang walaupun anda tidak melakukan apa-apa.

Seperti contoh mudah, anda menyewakan sebidang tanah anda kepada seorang penduduk kampung. Pada setiap bulan, anda memperolehi hasil sewaan tanah anda itu. Inilah yang dinamakan pendapatan secara pasif.

BACA JUGA :   Nikmati Pendapatan Pasif Secara Berterusan Bersama SAFER
Jana Pendapatan Pasif dengan SAFER

Caranya adalah anda perlu mendaftar dengan SAFER terlebih dahulu kemudian dan anda akan mendapat satu kod yang dikenali sebagai Referral Code. Seterusnya, anda perlu mengajak kawan-kawan anda seramai yang mungkin untuk mendaftar dibawah anda dengan menggunakan Referral Code yang anda dapat tadi.

Jika anda berpendapatan bulanan melebihi RM5,000 dengan SAFER, anda akan memperolehi sebanyak 2%. Tetapi jika pendapatan bulanan anda kurang dari RM5,000, anda akan memperolehi sebanyak 1% sahaja.

Jika anda berminat untuk menjana pendapatan secara aktif dengan SAFER, anda boleh mendaftar sebagai SAFER Delivery, SAFER Ride dan juga SAFER Food (Delivery Partner). Pada masa yang sama juga, jika anda berminat untuk menjana pendapatan secara pasif, anda amat digalakkan.

Jangan lupa untuk mengajak seramai mungkin kawan-kawan anda untuk mendaftar dengan SAFER dan menjana pendapatan secara pasif dengan menggunakan Referral Code anda !

BACA JUGA :   Safer Konsultan Rider - Bekerja Sambil Jana Pendapatan Sampingan
SAFER

SAFER adalah sebuah syarikat milik penuh Bumiputera yang bertapak di Kuala Lumpur. Syarikat ini menjalankan perkhidmatan e-hailing iaitu SAFER Ride, SAFER Food dan SAFER Delivery.

SAFER Ride adalah sebuah perkhidmatan e-hailing iaitu mengambil dan menghantar penumpang ke destinasi yang mereka inginkan. Manakala untuk SAFER Delivery ialah menghantar pesanan seperti dokumen, parcel dan sebagainya terus kepada pelanggan.

SAFER Food pula yang terdiri daripada Food Merchant dan Home Kitchen adalah platform yang memasarkan perniagaan makanan anda. Ianya dibantu oleh Delivery Partner iaitu Rider yang datang mengambil tempahan dan menghantar terus kepada pelanggan yang memesan.

Jom daftar segera untuk anda menjana pendapatan secara aktif dan pasif !

Jangan lupa ikuti website & media sosial SAFER !

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here