Kebiasaannya, Rusia adalah menjadi destinasi pelancongan buat para pelancong yang gemarkan melancong. Selain itu, ianya juga terkenal dengan para pelajar menyambung pengajian dalam bidang perubatan. Bidang pengajian gerontologi kini ada di Kursk State Medical University iaitu di Rusia.

Gerontologi adalah sama makna dengan kerja sosial atau lebih lanjut lagi ialah kajian tentang aspek sosial, budaya, psikologi serta proses penuaan dan masalah yang dihadapi oleh orang tua.

Bagaimana mahu mendaftar? Anda boleh membuat pendaftaran dengan Daulah Educonsult. Daulah Educonsult adalah sebuah platform yang membantu dan menguruskan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke universiti luar negara.

Istilah gerontologi ini diperkenalkan oleh ilmuwan Rusia sekitar tahun 1903 dan menggunakan istilah ini dalam memahami proses penuaan berdasarkan kajian yang dijalankan.

BACA JUGA :   Madrasah Daulah Bantu Tamatkan Pengajian Hingga ke Peringkat Ijazah Sarjana

Gerontologi ini terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu:

  • Gerontologi Sosial
  • Geriatri
  • Geroteknologi
  • Biogerontologi

Pengajian bidang gerontologi ini memfokuskan kepada penjagaan orang tua atau warga emas dari segi psikologi, fizikal dan sosial. Selain daripada bidang gerontologi, bidang pra-perubatan dan perubatan juga ada ditawarkan di Rusia.

Bagaimana dengan syarat kelayakan?

  • Terbuka kepada pelajar aliran sains
  • Sekiranya anda bukan daripada aliran sains, tetapi anda berminat, anda masih boleh memohon dan perlu mengikuti program asasi di Kolej Kerjasama Daulah terlebih dahulu.
  • Untuk lepasan STPM, MATRIKULASI, DIPLOMA @ SETARAF minimum CGPA adalah 3.00 dan ke atas

Jika anda tidak memenuhi syarat di atas, anda boleh menghubungi Daulah Educonsult untuk bantuan.

BACA JUGA :   Kepelbagaian Di Pasar Khan El-Khalili

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here