Bidang kejuruteraan adalah antara bidang yang diminati ramai kerana gajinya setimpal dan dikatakan lumayan. Ianya lebih kurang sama dengan doktor yang gajinya masyuk tetapi penat lelah hanya tuan empunya diri sahaja yang tahu.

Bercita-cita ingin menjadi seorang jurutera, itu adalah ayat yang sering disebut-sebut anak muda apabila ditanya apakah cita-cita mereka apabila besar nanti. Disebalik ayat itu, ada juga yang hanya tahu menyebut tetapi tidak tahu apakah pekerjaan disebalik jurutera atau skop sebenar kerja sebagai seorang jurutera.

Kepada para pelajar yang masih dibangku sekolah, ingin menjadi seorang jurutera dan mencari jalan terbaik di universiti manakah yang anda perlu masuk? Deenamik ada cadangan untuk anda iaitu pilihlah Daulah Educonsult sebagai platform untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di universiti luar negara.

BACA JUGA :   Sambung belajar di universiti terbaik Rusia & Indonesia bersama Daulah Educonsult
Jenis Bidang Kejuruteraan
Warsaw University of Technology

Bidang kejuruteraan yang ditawarkan oleh Daulah Educonsult ialah Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Mekanikal. Kedua-dua bidang kejuruteraan ini ditawarkan di sebuah universiti iaitu Warsaw University of Technology.

Vistula University

Manakala untuk bidang Kejuruteraan Komputer pula ada ditawarkan di Vistula University. Kesemua jenis bidang kejuruteraan ini ditawarkan di universiti yang terletak di Poland.

Syarat Asas

Syarat kelayakan untuk kemasukan ke universiti ini ialah terbuka kepada semua lepasan Sijl Pelajaran Malaysia (SPM), O-Level, IGCSE, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Asasi, Matrikulasi, Diploma dan Setaraf.

Untuk lepasan SPM, O-Level dan IGCSE perlu mendapat gred B dalam subjek yang berkaitan dan mengambil program asasi. Anda boleh mengambil program asasi di Kolej Kerjasama Daulah sebelum ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Manakala untuk lepasan STPM, Asasi, Matrikulasi, Diploma dan Setaraf, minimum CGPA hendaklah 3.00 dan ke atas untuk permohonan bidang ini. Tetapi jika anda mempunyai masalah berkaitan dengan syarat, anda boleh menghubungi Daulah Educonsult untuk pertanyaan lanjut dan bantuan konsultan.

BACA JUGA :   Tips Perbelanjaan Yang Bijak Ketika Melancong Ke luar Negara!

Merancang sekarang untuk masa depan anda adalah tidak salah kerana sebuah perancangan hendaklah betul-betul rapi agar tidak tersalah pilih jalan. Jom daftar sekarang di Daulah Educonsult untuk ke universiti luar negara.

Daulah Educonsult ialah sebuah platform yang akan membantu anda menyambung pengajian dan mencapai impian anda. Misi utama Daulah Educonsult adalah untuk merealisasikan impian setiap pelajar yang ingin berjaya dalam bidang akademik.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here