Negara Rusia adalah salah satu destinasi popular pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Perubatan selain Mesir dan Bangladesh. Rusia menawarkan universiti bertaraf antarabangsa yang melahirkan para graduan yang berdaya saing dan berkualiti.

DAULAH EDUCONSULT membuka tawaran menyambung pengajian kepada para pelajar yang berminat melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Kursk State Medical University (KSMU) adalah antara universiti perubatan terbesar dan tertua di bandar Kursk, Rusia. KSMU wujud pada tahun 1935 dan kemudiannya mengubah status kepada universiti pada tahun 1994.

Mendapat pengiktirafan penuh dari WHO, KPT, MQA, JPA, dan MMC.

Universiti perubatan ini menawarkan bidang Pra-Perubatan, Perubatan dan juga Gerontologi (Social Works). DAULAH EDUCONSULT menawarkan peluang ini kepada pelajar lepasanSPM/IGCSE/O-Level/Matriks/Asasi/STPM/A-level/IB/Diploma @ setaraf. 

Universiti ini dilengkapi dengan 7 bangunan latihan dan juga 6 buah bangunan asrama. KSMU adalah sebuah universiti yang up-to-date dengan teknologi terkini mengenai sistem pelajaran dalam bidang perubatan.

BACA JUGA :   KSMU BUKA PERMOHONAN UNTUK LEPASAN SPM BAGI INTAKE JUN 2024

Paling penting sekali, KSMU mengamalkan sistem “LOCK FEE” iaitu tiddak akan terdapat sebarang pertambahan atau penurunan yuran walaupun nilai Ringgit mengalami kenaikan dan juga kejatuhan.

KSMU mempunyai rating yang tinggi dalam ranking universiti perubatan di Rusia. Ramai pelajar dari  seluruh dunia memilih universiti ini untuk melanjutkan pengajian. Tambahan, universiti ini adalah yang pertama di Rusia yang mengajar dalam bahasa Inggeris.

Hampir 47 negara menghantar pelajar mereka untuk melanjutkan pengajian ke universiti perubatan ini termasuklah Malaysia, Sri Lanka, Nigeria, Brazil dan sebagainya.

Bagi pelajar yang berminat, jalani sesi konsultasi secara percuma bersama konsultan terbaik dari DAULAH EDUCONSULT. Menerusi sesi konsultasi ini, anda akan dinasihatkan untuk memilih bidang pengajian yang sesuai dengan keputusan peperiksaan anda.

BACA JUGA :   Dego Ride Mampu Bantu Golongan Belia Jana Pendapatan

Walk in sahaja ke pejar DAULAH EDUCONSULT yang terletak di Dataran Pandan Prima 2.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here