Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dari Jabatan Perdana Menteri telah membenarkan pelaksanaan kutipan zakat secara online bagi tahun ini. Hal ini disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan akibat wabak COVID-19. Oleh itu, kutipan zakat pada tahun ini akan mengalami sedikit perbezaan berbanding dengan tahun lepas.
Dengan zaman yang semakin maju serta teknologi yang semakin canggih, tiada alasan lagi untuk anda tidak membayar zakat secara online. Tambahan, pengurusan zakat seperti ini dilihat telus, selamat dan juga pantas. Melalui kaedah ini, akan dapat mengurangkan sentuhan dan berkumpul secara beramai-ramai sepanjang tempoh PKP ini dijalankan.
Deenamik senaraikan jumlah zakat dan kaedah pembayaran zakat mengikut negeri :
Johor
Kadar zakat: RM7.00, RM10.00
Kaedah pembayaran: Terdapat tiga kaedah pembayaran dalam talian iaitu melalui bayaran zakat fitrah melalui Zakat Johor Online Payment (http://www.epayment.maij.gov.my), Portal Johor Online Payment (JOP), https://onlinepayment.johor.gov.my) dan Portal SNAP N PAY Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).
Melaka
Kadar zakat: RM7.00, RM14.00
Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan dua kaedah pembayaran iaitu QRPay Bank Muamalat dan laman sesawang izakat.com
Negeri Sembilan
Kadar zakat: RM7.00
Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan 4 kaedah pembayaran iaitu Aplikasi ZakatN9, Aplikasi SnapNPay, JomPAY dan www.zakatns2u.biz
Pahang
Kadar zakat: RM7.00
Kaedah pembayaran: Bayaran atas talian FPX melalui https://ezakat.muip.gov.my/zakatfitrah/
Selangor
Kadar zakat: RM7.00, RM14.00, RM21.00
Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan bayaran atas talian melalui portal eZakatPay di https://fpx.zakatselangor.com.my/; dan aplikasi GopayZ, Boost, QR Code, Ejen-ejen bank, Portal MyEG dan Pos Online.
Wilayah Persekutuan
Kadar zakat: RM5.00, RM7.00
Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan bayaran atasa talian melalui portal PPZ fitrah.zakat.com.my, ejen-ejen bank, PayHalal, Portal MyEG, U-Mobile dan Pos Online.
Perak
Kadar zakat: RM7.00, RM14.00, RM21.00
Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan bayaran boleh dibuat melalui QRPayMaybank, Aplikasi SnapNPay dan GopayZ serta bayaran atas talian melalui www.maiamp.gov.my
Kelantan
Kadar zakat: RM7.00
Kaedah pembayaran: Di Kelantan, terdapat amil fitrah yang dilantik dan korang boleh membayar melalui https://zakat.e-maik.my/
Kedah
Kadar zakat: RM5.00, RM7.00, RM14.00, RM21.00
Kaedah pembayaran: Korang boleh membuat bayaran zakat secara atas talian melalui laman web https://jom.zakatkedah.com.my, Laman sesawang Asnaf Care, https://asnafcare.com.my/; dan Aplikasi Zakat On Touch (ZOT) http://bit/ly/zotkdh
Terengganu
Kadar zakat: RM7.00
Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan bayaran boleh dilakukan melalui aplikasi SnapNPay dan http://www.maidam.gov.my/index.php/ms/
Sabah
Kadar zakat: RM6.00, RM7.50
Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan bayaran boleh dilakukan di Portal MyEG, Ejen-ejen Bank dan aplikasi SnapNPay
13. Sarawak
Kadar zakat: RM7.00
Kaedah pembayaran: Terdapat amil fitrah yang dilantik dan bayaran boleh dilakukan di Portal MyEG, aplikasi SnapNPay, Maybank2U, aplikasi Tabung Baitulmal Sarawak dan Portal Pelanggan TBS
Namun Bagimana Dengan Individu Yang Tidak Mahir Teknologi?
Pembayaran zakat melalui amil yang dilantik dengan sah masih disediakan oleh hampir kesemua MAIN dan AMZ. Namun pelaksanaannya adalah pada tahap minimum.
Oleh itu, tiada alasan lagi jika untuk anda tidak menjalankan kewajipan sebagai umat Islam.
Sentiasa patuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Amalkan kebersihan diri dan juga penjarakkan sosial ketika berada di tempat umum.