Hari ini merupakan hari pertama bagi umat Islam untuk menunaikan ibadah puasa. Sambutan bulan mulia yang penuh berkat ini adalah sedikit berbeza dengan tahun – tahun lalu. Hal ini adalah kerana wabak pandemik COVID-19 yang telah menyerang manusia di seluruh dunia melumpuhkan aktiviti harian masyarakat dunia.
Umat Islam akan menunaikan ibadah puasa ini bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam masa 30 hari. Ibadah puasa ini mengajar manusia erti kesabaran, bersyukur dan juga berkasih sayang. Ianya terangkum dalam rukun Islam ketiga.
Di bulan yang mulia ini, pembayaran zakat adalah wajib bagi mereka yang berkemampuan. Selain dari hanya menahan lapar dan dahaga, umat Islam juga diseru untuk sentiasa istiqamah dalam menjalankan ibadah sunat ketika berpuasa. Antaranya seperti membaca al-Quran, bersedekah, memperbanyakkan doa, zikir dan berselawat ke atas Nabi dan sebagainya.
Lokasi umat Islam untuk menunaikan ibadah haji dan umrah iaitu Mekah dan Madinah telah menyekat kedatangan umatnya bagi mengurangkan penyebaran wabak pembunuh ini. Masjid Al-Aqsa yang terletak di kota Baitulmaqdis juga ditutup kepada orang ramai.
Solat terawih yang merupakan aktiviti wajib ketika bulan Ramadan juga terpaksa dilakukan sahaja di rumah. Namun solat terawih yang dilakukan dirumah berjemaah bersama ahli keluarga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan. Tambahan, nilai Islam dapat diperkuat dalam harmonis sesebuah keluarga.
Kami dari Deenamik ingin mengucapkan selamat menyambut Ramdan al Mubarak kepada semua sahabat Deenamik tidak kira bangsa dan umur. Semoga kita bersama peroleh manfaat ibadah kita diterima sepanjang bulan puasa ini. InsyaAllah.
Berminat melanjutkan pengajian ke luar negara? DAULAH EDUCONSULT menawarkan pengajian ke negara Rusia , Mesir, Indonesia, Bangladesh, Poland, Turki, Jordan dan banyak lagi. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322