Ebit Lew, satu nama yang tidak asing dalam kalangan urakyat Malaysia. Beliau mula menarik perhatian warga net selepas sering menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Bantuan yang dihulurkan pula tidak terhad kepada umat Islam sahaja, malah rakyat yang berbeza agama juga menerima bantuan dari beliau.
Kesemua aktiviti berkenaan diabadikan dalam video yang dimuat naik di channel youtube beliau Ebit Lew . Video yang dimuat naik bukanlah berunsur riak atau takbur. Namun sebenarnya ia mengajar manusia untuk lebih bersyukur. Berdasarkan perkongsian tersebut, masih wujud rupanya golongan yang idak berkemampuan di Malaysia.
Namun, terdapat segelintir manusia yang menyelar dan kurang senang dengan tindakan ustaz muda berkenaan dengan menyatakan bahawa beliau hanya inginkan like dan bersifat menunjuk. Walaupun menerima kecaman yang begitu hebat, Ebit Lew tetap gigih dan giat menjalankan aktiviti kebajikannya agar nasib golongan yang memerlukan bantuan tersebut terbela.
Keprihatinannya mendapat pujian rakyat Malaysia apabila beliau memberi pertolongan tanpa memilih bangsa dan agama. Beliau adalah seorang figura yang memberikan inspirasi kepada masyarakat.
Biodata Insan Hebat ini :
Nama penuh beliau ialah Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau. Beliau dilahirkan pada 21 Disember 1984 dan berasal dari Pahang. Beliau yang berketurunan Cina ini memeluk Islam seawal usia 12 tahun.
Melalui satu posting di Facebook, beliau mengumumkan sudah tidak akan menghulurkan bantuan yang dilakukannya sebelum ini. Beliau akur setelah dipanggil oleh polis di Cawangan Khas Bukit Aman selepas menerima banyak aduan mengenai aktiviti kebajikan yang dilakukannya sebelum ini.
“Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman. Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan.”
Namun beliau tidak putus asa dan meneruskan aktiviti kebajikannya sebelum ini dengan membantu satu keluarga di Baling , Kedah.
Rata-rata netizen mempersoalkan mengapa niat baik beliau menimbulkan rasa yang kurang senang beberapa pihak. Ebit Lew dilihat sebagai seorang yang hanya mahu membantu meringankan beban mereka yang tidak bernasib baik.
Ramai juga dikalangan mereka yang bukan Muslim menyokong usaha Ebit Lew dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
Semoga dengan bulan ramadan yang berkah ini, anda dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Amin.
Ingin melanjutkan pengajian ke luar negara? Mendaftar segara bersama DAULAH EDUCONSULT
Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)