Haiwan peliharaan milik individu yang disahkan positif wabak COVID-19 perlu diasingkan dan dikuarantinkan selama 14 hari untuk tujuan pemantauan kesihatan. Hal ini kerana haiwan peliharaan juga berisiko untuk dijangkiti wabak pembunuh ini.

Setakat ini, wabak COVID telah menyerang hampir 211 negara dan Amerika Syarikat mencatatkan kematian yang tertinggi iaitu seramai 12,837 kematian. Di Malaysia, negeri Selangor mencatatkan kes paling tertinggi iaitu sebanyak 1078 kes. Kematian di Malaysia akibat wabak ini adalah seramai 65 kematian.

Walaupun tiada bukti yang menunjukkan haiwan peliharaan boleh menyebarkan jangkitan COVID-19, namun Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) menyatakan haiwan mampu untuk dijangkiti.

Pensyarah Kanan (Imunologi Veterinar)  Universiti Putra Malaysia, Dr Farina Mustaffa Kamal berkata sekiranya haiwan tersebut menunjukkan sebarang masalah kesihatan dalam tempoh itu, penjaga perlu merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, katanya kepada Bernama.

Setakat ini, Hong Kong dan Belgium melaporkan bahawa kucing dan anjing dilaporkan telah dijangkiti wabak ini yang berpunca daripada pemiliknya. Haiwan tersebut menunjukkan simptom maslah pernafasan, cirit-birit dan muntah.

BACA JUGA :   Tabiat Menguyah Ais - Anda Sedang Rosakkan Diri Sendiri

Haiwan peliharaan mudah dijangkiti melalui ciuman, pelukan atau pengendalian haiwan tanpa membasuh tangan. Namun, terdapat juga agen virus atau bakteria lain yang boleh menyebabkan simptom yang sama pada haiwan.

Berdasarkan kajian, virus ini mampu dijangkiti oleh kucing, anjing, feret dan monyet. Namun, feret dan monyet adalah haiwan makmal yang digunakan dalam kajian COVID-19 ini.

Bagimana dengan kucing dan anjing jalanan yang bukan dipelihara? Kebiasaannya haiwan-haiwan ini sukar untuk didekati kerana mereka tidak biasa berinteraksi dengan manusia. Namun, pihak OIE dan WHO menyarankan agar kurangkan kontak seperti ciuman, pelukan antara manusia dan haiwan-haiwan tersebut.

Antara virus yang sering menjangkiti haiwan adalah seperti anjing (canine coronavirus), kucing (feline coronavirus), ayam (infectious bronchitis virus), khinzir (porcine epidemic diarrhea virus dan transmissible gastroenteritis virus).

BACA JUGA :   Madrasah Daulah Peluang Pelajar Lanjutkan Pengajian Ke Mesir.

Hanya SARS-CoV, MERS-CoV yang dikenalpasti berpunca dari haiwan iaitu kelawar dan ianya boleh menjangkiti manusia.

Deenamik nasihatkan, ikut dan patuh arahan Kementerian Kesihatan Malaysia dan sentiasa menjaga kebersihan. Amalkan penjerakan sosial selama 1 meter ketika berada di tempat awam dan elakkan berada di dalam khalayak awam.

#dudukrumah #kitajagakita

Sumber dari Bernama.

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here