Sebut sahaja lulusan bidang Pengajian Islam, semestinya dalam fikiran adalah bekerja sebagai tenaga pengajar di sekolah agama, madrasah dan sebagainya. Sebenarnya, kerjaya untuk bidang ini adalah meluas dan tidak hanya menjadi tenaga pengajar sahaja.
Jika bijak mencari peluang, pasti anda akan memperolehi pekerjaan yang sesuai dengan bidang anda. Jangan terlalu memilih dengan pekerjaan, anda seharusnya berani mencuba dan mengambil risiko.
Anda perlu abaikan mentaliti masyarakat yang sering melabelkan bidang Pengajian Islam ini perlu menjadi ustaz, ustazah, mengajar di pondok dan sebagainya. Itu adalah sebuah mentaliti yang kolot dan tidak lagi digunapakai zaman sekarang.
Zaman yang sudah maju ini seiring dengan arus globalisasi tidak lagi memandang kepada pekerjaan mengikut bidang pengajian. Anda seharusnya bijak mengambil peluang jika inginkan sebuah pekerjaan.
Namun begitu, halatuju lulusan Pengajian Islam sebenarnya boleh memasuki sektor awam seperti menjadi penterjemah atau jurubahasa di jabatan awam. Selain itu, jabatan seperti Imigresen, Maritim dan bekerja dibahagian perhubungan awam.
Tidak salah jika anda berminat untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah harian, pondok, madrasah dan sebagainya. Tetapi buangkan mentaliti yang melabelkan kerjaya dalam bidang Pengajian Islam ini.
Mencari universiti yang menawarkan bidang Pengajian Islam?
Jom daftar dengan Daulah Educonsult ! Selain di Indonesia, bidang Pengajian Islam iniĀ ada juga ditawarkan di negara Timur Tengah iaitu Mesir.
Pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322