Proton Holdings Sdn Bhd iaitu pengeluar kereta nasional bakal menghasilkan pelindung muka yang merupakan komponen penting untuk barisan hadapan.

Ia digunakan bersama dengan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) oleh petugas barisan hadapan semasa menangani COVID-19 ini.

Operasi untuk pengeluaran dijangka akan bermula pada 13 April ini di ibu pejabatnya di Shah Alam yang melibatkan kakitangan Proton.

Penghasilan pelindung muka disasarkan sebanyak 60,000 dalam masa 20 hari.

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Radzaif Mohamed menyatakan, sebagai jenama automotif kebangsaan, usaha ini didorong oleh tanggungjawab.

Tanggungjawab yang dimaksudkan ialah untuk membangunkan industri kereta tempatan dan menyokong negara sekiranya rakyat memerlukan sebarang bantuan.

BACA JUGA :   Kelebihan Sambung Belajar di Kursk State Medical University (KSMU)

Selain itu, menurut beliau lagi, Proton mempunyai kepakaran dalam menghasilkan kereta, oleh itu mereka juga menggunakan kelebihan itu untuk menghasilkan peralatan PPE.

Selari dengan usaha dalam menyokong barisan hadapan negara dalam menangani COVID-19 ini.

Pelindung muka yang dihasilkan itu akan dihantar secara berperingkat dan Proton akan bekerjasama dengan kementerian untuk mengedarkannya.

Pengedaran akan dilakukan setiap daerah mengikut tahap keperluan dan ianya percuma.

Syarikat Proton yang sebelum ini meminjamkan 50 unit Proton X70 untuk kegunaan kakitangan Kementerian Kesihatan, ia berikutan penularan wabak COVID-19 ini.

Sumber: Astro Awani

Sedang mencari tempat sambung belajar untuk tahun hadapan?

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

BACA JUGA :   Permohonan Kemasukan Sambung Belajar Bidang Perubatan, Pergigian Dan Veterinar di Bangladesh Tahun 2022

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama    : 0132090322 (Tuan Syed)

https://shopee.com.my/daulahilmi

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here