Presiden Republik Indonesia mengumumkan bahawa aktiviti mudik atau balik kampung akan dilarang sama sekali. Hal ini dilakukan bagi mengelakkan berlakunya penyebaran COVID-19 sepanjang bulan Ramadan ini.
“Berdasarkan kajian dan tinjuan dari Kementerian Pengangkutan, mendapati sebanyak 68% masih mematuhi arahan kerajaan. 24% masih berkeras untuk pulang ke kampung halaman manakala baki 7% sudah pun pulang ke kampung halaman,” katanya.
Tambahnya, pengumuman ini dilakukan kerana kerajaan menjangkakan akan terdapat jumlah yang sangat besar yang akan mudik sempena perayaan aidilfitri ini. Jika ini berlaku, rantaian COVID-19 akan menjadi semakin sukar untuk diputuskan. Penyebarannya juga akan semakin berleluasa.
Menurutnya, kerajaan akan meneydiakan langkah-langkah dan SOP yang berkesan dalam menangani isu mudik ini. Langkah ini dilihat tepat kerana sebelumya, Jokowi hanya menasihati rakyatnya agar tidak turut serta dalam mudik tanpa arahan yang khusus. Pengumuman dan perintah khusus tidak dikeluarkan ketika itu kerana bimbang dengan keseimbangan ekonomi.
Seramai 20 juta rakyat Indonesia di Jakarta dijangka akan pulang ke kampung halaman bagi meraikan Aidilfitri pada setiap tahun. Arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan Indonesia diharap dapat dipatuhi oleh rakyatnya dan semoga wabak COVID-19 ini segera berakhir.
Sentiasa amalkan social distancing ketika berada di dalam khalayak ramai. Sentiasa juga menjaga kebersihan diri walau dimana sahaja anda berada.
Sumber dari : The Jakarta Post
Berminat melanjutkan pengajian ke negara Indonesia? DAULAH EDUCONSULT menawarkan bidang pengajian perubatan, pergigian, farmasi, veterinar dan pengajian Islam di universiti yang diiktiraf.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322