Tahukah anda, Bahasa Arab boleh dipelajari di negara Timur Tengah? Ia adalah menerusi Daulah Educonsult iaitu sebuah agensi yang membantu para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti di luar negara.

Menariknya dapat belajar bahasa Al-Quran ini dan pasti nanti anda dapat berbicara dalam bahasa arab dengan petah. Tambahan lagi, belajar di negara Timur Tengah dengan tenaga pengajar yang fasih. Jom fahami lebih lanjut mengenai Kursus Bahasa Arab yang ditawarkan ini !

Selain daripada tawaran universiti di luar negara, Daulah Educonsult juga ada menawarkan Kursus Bahasa Arab ini kepada anda iaitu di negara Mesir dan Jordan. Jom daftar sekarang untuk mengikuti pengajian Kursus Bahasa Arab !

BACA JUGA :   Maahad Buuth Buka Peluang Belajar Tanpa Sijil Melalui Madrasah Daulah

Ini adalah syarat kelayakan bagi anda yang ingin mengikuti kursus ini:

  • Berumur 12 tahun dan ke atas
  • Golongan dewasa dan pencen amat digalakkan
  • Memiliki azam dan semangat yang tinggi untuk belajar dan menuntut ilmu

Pengajian Kursus Bahasa Arab ini dijalankan di Pusat Bahasa Arab atau dikenali sebagai Markaz Nile di Mesir. Banyak manfaat yang anda perolehi daripada menguasai bahasa arab ini. Minimum tempoh pengajian adalah selama dua bulan. Tetapi, jika anda ingin menyambungnya selepas itu pastinya boleh.

Antara manfaatnya ialah memahami bahasa Al-Quran, menjadi orang tengah dalam komunikasi yang melibatkan dua bahasa atau penterjemah. Selain itu, anda juga boleh menjadi seorang tenaga pengajar Bahasa Arab dan sebagainya.

BACA JUGA :   Belajar Ke Rusia Bersama Daulah Educonsult.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendaftar sekarang dengan Daulah Educonsult untuk mengikuti Kursus Bahasa Arab di Timur Tengah ini. Jika anda memerlukan khidmat nasihat atau sesi konsultasi, konsultan Daulah Educonsult akan membantu anda.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here