Kakitangan yang menguruskan hal ehwal dan kesejahteraan mahasiswa atau pentadbir institusi pendidikan tinggi (IPT) perlu melihat kepada tiga dimensi utama.

Dimensi yang dimaksudkan ialah kecemerlangan akademik dalam pelbagai bentuk sokongan seperti kuiz, tugasan dan penasihatan akademik.

Selain itu, klinik dan sesi bersama tutor, sumber rujukan digital, ujian dan taksiran sepanjang sesi pengajian.

Kedua ialah kesejahteraan mental dan fizikal, selain daripada program rekreasi dan sukan serta pusat kesihatan.

Perkhidmatan kaunseling perlu disediakan sepanjang masa agar mahasiswa sentiasa cergas dan sihat.

Dimensi ketiga pula ialah melihat kepada kebajikan mahasiswa dan skop ini luas kerana berpotensi untuk mempengaruhi kecemerlangan akademik serta kesejahteraan mental serta fizikal.

Di antara ketiga-tiga dimensi yang dinyatakan itu, kebajikan adalah paling kompleks untuk diuruskan.

Ini kerana kepelbagaian sosioekonomi dan budaya mahasiswa merumitkan usaha pihak universiti untuk menjaga kebajikan mereka.

Dalam pada itu, usaha ini juga memerlukan sinergi dan kerjasama daripada pelbagai pihak dan bukan hanya digalas oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar sahaja.

Isu yang menarik perhatian banyak pihak ialah masalah sara hidup mahasiswa kerana banyak media melaporkan pelbagai kejadian mengenai mahasiswa.

Kejadian yang dilaporkan media sepanjang tahun lalu mengenai mahasiswa mengikat perut dan menahan lapar kerana berjimat untuk membiayai pengajian.

BACA JUGA :   Lanjutkan Pengajian Ke Universiti Di Luar Negara Menerusi Daulah Educonsult.

Di Amerika Syarikat (AS), kebimbangan makanan adalah antara isu utama yang dihadapi mahasiswa di kolej dan universiti.

Isu sara hidup mahasiswa ini bukanlah eksklusif dalam sektor pendidikan tinggi di Malaysia.

Kajian Luar Negara

Sebuah kajian di Temple University dan Wisconsin HOPE Lab pada tahun 2018 mendapati responden memilih untuk tidak makan kerana ingin menampung perbelanjaan seperti rumah sewa dan harian.

Kajian itu juga mendapati bahawa peruntukan pinjaman kepada mahasiswa tidak mencukupi.

Mereka perlu berjimat dan pada masa yang sama mencari pekerjaan sambilan untuk menanggung pembiayaan pengajian.

Kelaparan boleh menjejaskan pencapaian akademik pada jangka panjang selain mempengaruhi fungsi harian mahasiswa.

Peruntukan

Pada Mac tahun lalu, kabinet telah meluluskan peruntukan khas untuk melaksanakan program Food Bank Siswa di universiti awam.

Program yang digerakkan melalui dua kaedah iaitu Food Pantry atau fasiliti yang membolehkan mahasiswa mengambil bekalan makanan kering.

Kaedah kedua ialah Central Kitchen yang mana menyediakan kemudahan kepada pasar raya untuk menyumbang bahan mentah yang selamat, tetapi tidak habis dijual kepada mahasiswa.

November lalu, Food Bank Siswa digerakkan di 20 buah universiti awam dan program ini mendapat peruntukan sebanyak RM25 juta dibawah Belanjawan 2020.

BACA JUGA :   Belajar Di Universiti Poland

Ia menyasarkan kira-kira 20,000 mahasiswa yang datangnya daripada keluarga B40.

Peruntukan Sepanjang PKP

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diumumkan kerajaan untuk membendung wabak COVID-19, pada masa yang sama mahasiswa tidak dibenarkan pulang.

Atas faktor keselamatan semua pihak, mahasiswa yang berada di kampus tidak dibenarkan pulang ke rumah sepanjang perlaksanaan PKP ini.

Namun begitu, mereka tidak diabaikan, mereka diberi bantuan yang secukupnya daripada pihak IPT bagi menjamin kemandirian.

Tambahan peruntukan yang diberikan kepada IPT yang bertujuan untuk membekalkan makanan dan keperluan harian mahasiswa bukan lagi menjadi beban kepada Malaysia.

Ini telah menjadi tanggungjawab sektor pendidikan tinggi negara dalam menjaga kebajikan mahasiswa.

Keperluan asas mahasiswa perlu terjaga terutamanya dalam keadaan negara yang sedang menghadapi ancaman keselamatan ini.

Penyelesaian ini berunsur sementara, kajian ini perlu dilakukan lebih mendalam bagi mengenalpasti permasalahan yang dihadapi mahasiswa terutama dalam pengurusan kewangan.

Sumber: Berita Harian

Jom sambung belajar dengan Daulah Educonsult !

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama    : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here