Bahasa jiwa bangsa bermaksud bahasa adalah identiti sesuatu bangsa. Namun, dalam menuju era globalisasi ini, tiada keterbatasan dalam teknologi telah mengubah seluruh dimensi dalam komunikasi antara manusia. Kemampuan dalam pelbagai bahasa diperlukan agar persefahaman dapat dicapai ketika komunikasi dengan individu yang berlainan bangsa.

Kemahiran ini bukan sahaja penting untuk individu, malah penting untuk pembangunan ekonomi dan juga negara. Kemahiran berbahasa Arab di peringkat global bukan sahaja memberi kelebihan ke atas diri sendiri, malah kepada orang lain juga.

Ingin tahu kelebihan tersebut? Teruskan mmbaca kerana Deenamik ingin menawarkan satu peluang untuk anda yang berminat memantapkan kemahiran berbahasa Arab di peringkat global.

Mudah Berkomunikasi Dengan Orang Lain

Skil komunikasi adalah sangat penting dalam kehidupan. Bayangkan, jika tiada penterjemah bahasa di dalam sesuatu mesyuarat atau konfiderasi yang melibatkan pelbagai negara dan bangsa.

Oleh itu, kefahaman dalam bahasa asing atau bahasa arab adalah sangat penting.

Hal ini juga termasuk ketika anda melancong atau belajar ke negara Timur Tengah yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa utama untuk berkomunikasi. Hal ini demikian kerana tidak semua masyarakat Arab fasih berbahasa Inggeris.

Fasih dalam sesuatu bahasa terutamanya bahasa Arab mampu merapatkan jurang komunikasi antara masyarakat Arab. Hal ini demikian kerana, masyarakat Arab terkenal dengan sikap kasih sayangnya. Jika anda mampu berbahasa Arab dengan fasih, anda pasti disayangi oleh mereka. InsyaAllah.

BACA JUGA :   Rebut Peluang Lanjutkan Pengajian Di Universiti Al-Azhar, Mesir Tanpa Menggunakan SPM Atau STAM

Mampu Melanjutkan Pengajian Ke Peringkat Yang Lebih Tinggi Di Luar Negara

Pihak kerajaan telah melakukan inisiatif dengan menghantar para pelajar untuk melanjutkan pengajian ke negara Arab. Namun, anda perlu menguasai terlebih dahulu bahasa Arab bagi memudahkan anda untu melakukan urusan seharian apabila tiba di sana.

Tambahan, bahan-bahan ilmiah dan rujukan juga adalah dalam bahasa ibunda negara itu. Ia akan menjadi sukar sekiranya anda tidak faham dan perlu sentiasa merujuk kamus untuk memahami sesuatu konteks ayat yang cuba disampaikan.

Ilmu pengetahuan yang terdapat di dunia ini sangat luas terutama bahasa Inggeris yang menjadi bahasa pertuturan utama di dunia. Misalnya, untuk meningkatkan pengetahuan dalam bidang agama Islam, seseorang itu wajib menguasai bahasa Arab yang merupakan bahasa kitab suci Al-Quran.

Meningkatkan Peluang Pekerjaan

Selain itu, dengan mempunyai kemahiran berbahasa Arab, peluang seseorang untuk mendapatkan pekerjaan adalah sangat cerah. Hal ini demikian kerana kebanyakan syarikat-syarikat sekarang sedang mencari pekerja yang mempunyai kemahiran berbahasa asing atau Arab. Individu yang mampu menguasai dan memahami bahasa asing dan Arab ini adalah aset syarikat dan negara dalam menarik pelabur asing. Kelebihan ini sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya untuk kemajuan diri anda sendiri.

BACA JUGA :   Anda Wajib Tahu Kesan Mengamalkan Air Putih Setiap Hari

Berminat untuk memantapkan kemahiran berbahasa Arab? DAULAH EDUCONSULT menawarkan Kursus Bahasa Arab di Mesir dan Jordan. Tenaga pengajar adalah yang diiktiraf dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang bahasa Arab. Kemasukan seterusnya adalah pada bulan April, Mei dan Jun 2020.

Untuk maklumat lanjut, hubungi DAULAH EDUCONSULT dan jalani sesi konsultasi secara percuma di pejabat  merka di Dataran pandan Prima 2.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

DAULAH EDUCONSULT – PAKAR KONSULTAN ANDA

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Makluamt dan lain-lain

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here