Ingin melanjutkan pengajian ke Timur Tengah dalam bidang Pengajian Islam namun tidak mempunyai sijil SPM atau STAM? Namun begitu, anda memiliki semangat yang tinggi untuk melanjutkan pengajian dalam bidang ini walaupun usia masih muda? Semangat ini yang DAULAH EDUCONSULT cari! Belajar mencari ilmu tidak kira usia.

DAULAH EDUCONSULT adalah pakar konsultan terbaik yang mengurus, membantu dan juga menghantar pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara dalam pelbagai bidang.

Program Madrasah Daulah bermula apabila wujud permintaan ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka namun tiada sijil SPM dan STAM. Oleh itu, sedar akan hal ini, maka wujudlah Program Madrasah Daulah.

Program Madrasah Daulah

Program Madrasah Daulah membuka peluang kepada pelajar yang tidak mempunyai sijil akademik SPM dan juga STAM. Pelajar yang berumur 14 hingga 21 tahun dibenarkan untuk melakukan permohonan.

Di Madrasah Daulah ini, pelajar akan dibimbing untuk melanjutkan pengajian ke Maahad Buuth. Program-program yang disediakan di Madrasah Daulah adalah bertujuan untuk membina akhlak pelajar ke arah yang lebih baik, pembinaan ilmu secara menyeluruh yang meliputi ilmu syarak, ilmu moden dan juga kemahiran.

BACA JUGA :   Sambung Pengajian Ke Maahad Buuth, Mesir Sesi Disember 2020.

Turut disediakan hafazan al-Quran dan sesi bacaan al-Quran secara bersanad bersama para masyaikh yang terpilih.

Di Madrasah Daulah, pelajar akan membuat persediaan seperti mengikuti Tahsinul Quran, Tahfizul Quran, Talaqi Dalaman, pengajian Bahasa Arab dan sebagainya. Kesemua ini dilakukan sebagai persediaan untuk mengikuti ujian bagi kemasukan ke Maahad Buuth.

Maahad Buuth Al-Azhar

Maahad Buuth Al-Azhar adalah sebuah sekolah antarabangsa di abwah kendalian institusi ilmu Al-Azhar Asy-Syariff. Sekolah ini menawarkan tempat kepada anda yang berminat mendalami ilmu agama dan seterusnya melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar.

Pelajar madrasah Daulah

Sekolah ini dibangunkan atas dasar kebajikan dan membantu sesiapa sahaja sama ada berkemampuan atau tidak untuk memperoleh ilmu agama secukupnya. Sistem pengajian di sekolah ini mengamalkan sistem “lompat kelas”. Ini bermaksud jika anda mampu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, anda dibenarkan untuk lompat satu atau dua kelas mengikut tahap penguasaan anda.

BACA JUGA :   Sambung Pengajian Sehingga Ke Universiti Al-Azhar Menerusi Program Madrasah Daulah.

 

Pelajar yang mendapat keputusan yangkurang baik pula akan ditempatkan di Dirossah Khossah iaitu pra menengah dan akan menjalani pembelajaran secara bertahap

Tambahan, pelajar hanya perlu membayar keperluan dalam sesi pembelajaran seperti pendaftaran, buku-buku, kad pelajar dan sebagainya. Yuran pengajian dan tenaga pengajar adalah percuma.

Peringkat Pengajian Di Madrasah Daulah :

Madrasah Daulah ? Dirosah Khossoh ? Maahad Buuth ? Universiti Al-Azhar (Kemasukan tanpa SPM atau STAM)

Berminat? Kemasukan seterusnya adalah pada bulan SEPTEMBER 2020. Namun anda sudah boleh melakukan pendaftaran mulai sekarang .

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here