DAULAH EDUCONSULT adalah sebuah badan organisasi yang mengurus dan menghantar para pelajar belajar ke luar neara dalam bidang yang diminati. DAULAH EDUCOSULT adlah pilihan terbaik dan sudah bertahun berada dalam industri ini. Para pelajar mendapatkan khidmat DAULAH EDUCONSULT juga rata-rata berpuas hati dengan servis yang ditawarkan.

Tambahan, DAULAH EDUCONSULT hanya menawarkan universiti yang diiktiraf sahaja. Hal ini bagi memudahkan urusan sebelum, semasa dan selepas pengajian. Antara kepentingan pengiktirafan sesebuah universiti adalah memudahkan pelajar membina kerjaya sesudah tamat pengajian.

Ingin tahu universiti yang ditawarkan oleh DAULAH EDUCONSULT diiktiraf oleh badan organisasi mana? Ayuh setia  membaca bersama Deenamik.

World Health Organization

Badan ini dirasmikan pada 7 April 1948 sebagai organisasi kesihatan global yang mempunyai pekerja hampir 7000 orang yang melibatkan 194 negara.

Di Malaysia, WHO berganding bahu bersama  Kementerian Kesihatan Malaysia, Brunei Darussalam dan juga Singapore. WHO juga bertindak sebagai badan yang mengiktiraf bidang pengajian berkenaan dengan sains kesihatan di sesebuah universiti.

Kementerian Pendidikan Malaysia

Antara objektif jabatan ini adalah melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan padu, melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan juga sejahtera. KPM juga menyediakan Sumber Tenaga Manusia untuk keperluan dan kemajuan negara.

BACA JUGA :   Poland Pusat Pelancongan

Turut berperanan dalam memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia yang ingin meneruskan pengajian.

Malaysian Qualification Agency

Agensi ini bertujuan dalam memberikan maklumat berkenaan dengan program pendidikan yang layak dan diiktiraf. MQA adalah antara rujukan para pelajar untuk memastikan sesuatu universiti itu diiktiraf ataupun tidak.

Jabatan Perkhidmatan Awam

JPA menyediakan dan menguruskan penjawat awam serta membangunkan dasar pengurusan sumber manusia melalui penggubalan dan pelaksanaan dasar perkhidmatan yang strategik dan juga berkesan.

Selain itu, JPA turut melahirkan dan membangun modal insan terbaik serta kompeten untuk memebuhi keperluan strategik Perkhidmatan Awam dan negera melalui dasar latihan dan program penajaan yang dinamik.

Malaysia Medical Council

MMC adalah garis panduan bagi pelajar sains perubatan yang mengangkat tinggi etika perubatan, pendidikan dan latihan yang berkaitan dengan perubatan. Pesakit menjadi keutamaan tanpa mengira latar belakang umur dan pangkat.

Malaysian Dental Council

MDC berfungsi sebagai badan yang mengiktiraf pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pergigian sama ada di dalam negara mahupun luar negara. Tambahan, MDC juga berfungsi sebagai badan yang menguruskan pendaftaran untuk pengamal pergigian di Malaysia.

BACA JUGA :   Kluster Baru Di Cheras Libatkan 10 Pengawal Keselamatan

Malaysian Veterinary Association

MVA adalah badan profesional yang mengiktiraf semua bidang pengajian dan bidang kerjaya yang berkaitan dengan veterinar. Badan ini didaftarkan secara rasmi pada 23 Januari 1989.

DAULAH EDUCONSULT menyediakan peluang belajar ke luar negara dalam bidang perubatan, farmasi, pergigian, veterinar, gerontologi, perniagaan antarabangsa, teknologi maklumat dan kejuruteraan pesawat. Mereka juga turut menyediakan pengajian Islam dan kursus bahasa Arab.

Berminat? daftar segera bersama DUALH EDUCONSULT dan jalani sesi konsultasi secara percuma.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here