Semua pelajar institusi pendidikan tinggi awam dan swasta telah dibenarkan pulang bermula hari ini. Mereka adalah terkandas tidak dibenarkan pulang ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac lalu.
Langkah itu diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddun Yassin dan ia adalah antara kelonggaran yang diberikan. Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata pelajar yang berada dalam zon hijau sahaja yang dibenarkan pulang.
Malah, termasuk rumah masing-masing yang terletak juga dalam zon hijau. Pelbagai agensi dan Kementerian Pengajian Tinggi melakukan persiapan rapi termasuklah menyediakan perkhidmatan pengangkutan.
Menteri Kanan (Kluster Keselamtan) iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menganggarkan kira-kira 100,000 pelajar yang terbabit. Selain itu, beliau turut menyatakan mereka yang bukan golongan pelajar yang terperangkap dikampung perlu bersabar.
Tambah beliau lagi, 1 Mei adalah bukan tarikh untuk mereka yang berada dikampung pulang ke destinasi masing-masing. Jelasnya lagi, kekeliruan berlaku mengenai tarikh pergerakan itu.
Tarikh yang ditetapkan itu sehingga 1 Mei merupakan pendaftaran melalui janji temu di balai polis selain dari mendaftar menerusi aplikasi Gerak Malaysia. Sebanyak 300,000 telah mendaftar dengan aplikasi itu dan ia termasuklah 100,000 permohonan untuk permit pergerakan mereka yang terkandas di kampung.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) berkata perbincangan diadakan antara Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia mengenai Prosedur Operais Standard termasuklah tarikh pergerakan. Ia akan diadakan selepas mendapat maklumat dan data daripada permohonan orang ramai.
Setakat jam 12 tengah hari semalam, jumlah keseluruhan positif kes COVID-19 adalah sebanyak 5,780 kes dan merekodkan sebanyak 98 kematian. Walaupun ianya mencatatkan penurunan, namun ia tidak memberikan kebebasan kepada orang ramai untuk bebas melakukan pergerakan.
Penjarakkan sosial masih lagi perlu diamalkan walaupun PKP telah tamat nanti. Begitu juga dengan amalan kebersihan, menggunakan cecair pembasmi kuman dan sebagainya. Ia adalah untuk mengelakkan jangkitan virus itu kembali.
Sumber: Berita Harian
Ingin menjana pendapatan secara pasif? Deenamik ada caranya !
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322