Berita baik buat anda yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan tetapi masih tercari-cari universiti terbaik untuk menyambung pelajaran.

Daulah Educonsult kini menawarkan pelbagai jenis bidang kejuruteraan bagi pelajar-pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran di peringkat degree dalam bidang kejuruteraan di universiti teknologi terbaik Poland iaitu Warsaw University of Technology dan Vistula University.

Jom kita kenali kenali jenis-jenis kejuruteraan yang Daulah Educonsult sediakan!

#1. KEJURUTERAAN MEKANIKAL (MECHANICAL ENGINEERING)

Kejuruteraan mekanikal menggunakan Kejuruteraan, Fizik, Matematik Kejuruteran dan juga prinsip Sains bahan untuk merancang, menganalisis, mengeluarkan dan menyelenggara system mekanikal.

Kejuruteraan mekanikal ini akan membina dan menganalisis kenderaan bermotor, pesawat, pemanasan dan penyejukan system, kilang pembuatan, peralatan industri, jentera, robotik, peranti perubatan, tenaga alternatif dan banyak lagi.

#2. KEJURUTERAAN ELEKTRIK (ELECTRIC ENGINEERING)

Jika anda memilih untuk bidang kejuruteraan ini, anda akan belajar serta menggunakan Fizik dan Matematik Elektrik, Elektromagnetisme dan Elektronik untuk kedua-dua sistem besar dan kecil untuk memproses maklumat dan menghantar tenaga.

Antara kerjaya yang boleh diceburi termasuklah:

  • Jurutera Penjanaan Kuasa
  • Jurutera Pengagihan
  • Jurutera Pusat  Janakuasa
  • Jurutera Pencahayaan Elektrik
  • Jurutera Peralatan Elektromekanik
BACA JUGA :   Wroclaw Poland Tawar Destinasi Pelancongan

#3. KEJURUTERAAN KOMPUTER

Cabang kejuruteraan ini menggabungkan Kejuruteraan Elektronik dan Sains Komputer bersama tetapi juga merangkumi bidang seperti kecerdasan buatan (AI), robotik, rangkaian komputer, seni bina komputer dan sistem operasi.

Antara tugas penting sebagai jurutera komputer ini ialah untuk mengintergrasikan komponen-komponen ini ke dalam sistem komputer dan rangkaian. Selain itu, jurutera komputer juga akan menyelidik, mereka bentuk, membangun dan menguji sistem dan komponen komputer seperti pemprosesan, papan litar, peranti memori, rangkaian dan penghala.

#4. KEJURUTERAAN MEKATRONIK (MECHATRONICS ENGINEERING)

Jurutera Mekatronik membat reka bentuk mesin dan sistem pintar yang boleh mengetahui akan persekitaran mereka dan boleh memproses maklumat untuk membuat keputusan.Kerjaya dalam bidang kejuruteraan ini juga dikatakan bakal mengalami permintaan yang sangat tinggi seiring dengan perkembangan industri pembuatan yang memerlukan lebih banyak mesin dan sistem pintar bagi kegunaan kilang-kilang khususnya.

Contoh industri dan juruteknik jurutera mekanik boleh bekerja di dalamnya termasuklah:

  • Industri pembuatan

  • Robotik

  • Aeroangkasa

  • Automasi perindustrian

  • Elektronik

  • Pertahanan

  • Sistem perubatan bio

  • Industri Minyak dan Gas

  • Industri komputer
BACA JUGA :   Capai Impian Anda Untuk Sambung Pengajian Dalam Bidang Perubatan

Daulah Educonsult kini membuka kemasukan pelajar-pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran di peringkat degree dalam bidang kejuruteraan di universiti teknologi terbaik Poland iaitu Warsaw University of Technology dan Vistula University.

Permohonan kemasukan ke universiti-universiti terbaik Poland ini dibuka buat semua pelajar yang sudah mempunyai asas pembelajaran dalam bidang kejuruteraan terutamanya buat pelajar lepasan sekolah Teknik & Vokasional, diploma dalam Kejuruteraan dan juga asasi.

Untuk memahami pembelajaran di universiti itu nanti, anda tidak perlu risau kerana pengajian di sana akan di ajar dengan bahasa Inggeris untuk kemudahan dan pemahaman anda.

Jadi tunggu apa lagi? Mari ambil peluang yang terbuka luas ini untuk menyambung pelajaran di luar negara dengan Daulah Educonsult Sdn.Bhd! Siapa kata anda tidak mempunyai peluang untuk menyambung pelajaran di luar negara? Kini tidak lagi kerana semua orang mempunyai peluang untuk menjadi bakal graduan universiti terbaik luar negara!

Berminat? Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

  • Customer service 1 (Cik Karmila) :0189624322
  • Customer service 2 :0182429322
  • Konsultan Daulah    : 01126049599

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here