Saingan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) berkemungkinan tidak akan dibenarkan untuk diteruskan walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sudah tamat. Hal ini ditegaskan oleh Menteri Kanan (kluster keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tambahnya, keputusan tersebut diambalil sejajar dengan prosedur semasa untuk memastikan social distancing. Ianya juga berperanan dalam melarang sebarang bentuk perhimpunan besar-besaran walaupun telah habis tempoh PKP. Jika ianya tetap berlaku, berkemungkinan akan wujud kluster baru.

“Prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan menetapkan apa sahaja bentuk perkumpulan tidak dibenarkan dan perlawanan bola sepak melibatkan dua pasukan dengan 22 orang,”.

Beliau berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) kini sedang merangka satu SOP yang perlu dipatuhi oleh rakyat selepas tempoh PKP ditamatkan, kelak. Walaupun tempoh PKP sudah berkahir, rakyat masih tidak boleh bergerak bebas seperti sebelum ini. Beberapa SOP baru akan diperkenalkan kepada rakyat agar rantaian wabak ini tidak wujud kembali selepas tempoh PKP tamat.

Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Liga Bola Sepak Malaysia dilaporkan menghantar permohonan rasmi kepada MKN dan Kementerian Kesihatan (KKM). Laporan tersebut adalah berkenaan dengan kelulusan dan pandangan mengenai SOP yang akan dipatuhi bagi membolehkan Liga-M diteruskan.

Mereka turut merangka beberapa SOP untuk setiap pasukan bertanding, dengan semua pemain serta pegawai pasukan diwajibkan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 bagi memastikan semua individu yang terlibat bebas daripada wabak berkenaan.

FAM dan MFL menangguhkan semua aktiviti bola sepak di bawah kelolaan mereka sejak 16 Mac. Hal ini berikutan penularan wabak pembunuh COVID-19 dan agar ramtaian wabak ini boleh dihapuskan segera.

Sumber dari BERNAMA.

BACA JUGA :   Kementerian Kesihatan Akui Harga Ubat-Ubatan Bakal Naik Setiap Tahun ?

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here