Ramadhan bakal tiba dalam masa beberapa hari lagi dan kebiasaannya umat Islam seluruh negara tidak melepaskan peluang untuk menyambut ketibaan Ramadhan bersama keluarga.

Mereka tidak mempedulikan samada jalan raya sesak teruk, beratur panjang dan sebagainya.

Asalkan mereka dapat menikmati waktu bersahur, berbuka puasa bersama keluarga dan terawih di kampung halaman.

Walaubagaimanapun, ketibaan Ramadhan kali ini disambut begitu berbeza dengan tahun-tahun lalu.

Ianya pasti akan menjadi luar biasa kerana umat Islam bakal menyambut dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini dalam fasa ketiga.

Pihak kerajaan mengingatkan orang ramai untuk tidak pulang ke kampung halaman masing-masing dalam tempoh pelaksanaan PKP ini.

Ia adalah bertujuan untuk membendung penularan wabak COVID-19 ini serta memutuskan rantaiannya.

Selain itu, E-bazaar Ramadhan juga tidak dibenarkan beroperasi samada ianya kaedah pandu lalu, bungkus dan ambil makanan tidak dibenarkan.

BACA JUGA :   Bandar Rusia Yang Pernah Disembunyikan Dari Peta

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata polis akan menambah lagi jumlah sekatan jalan raya di seluruh negara.

Ia adalah untuk memastikan kawalan pergerakan dipertingkatkan lagi berikutan khabar angin orang ramai ingin pulang ke kampung untuk menyambut Ramadhan.

Tidak mengambil kira darjat seseorang, wakil rakyat juga tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Perjumpaan, program yang melibatkan jamuan berkelompok ramai atau berkumpul adalah tidak dibenarkan.

SOP dalam PKP ini pasti akan mewujudkan norma baharu dalam sambutan Ramadhan berbanding kebiasaan.

Ini kerana tiada majlis berbuka puasa secara beramai-ramai seperti menjadi kelaziman setiap tahun sepanjang Ramadhan.

BACA JUGA :   Pengalaman Baru Bersama Daulah Educonsult Sambung Belajar Ke Mesir

Kes positif COVID-19 telah mencatatkan penurunan sejak beberapa hari lepas, namun usaha dalam meratakan lengkuk masih berterusan.

Rakyat perlu sedar bahawa ia bukanlah satu tiket untuk mereka melanggar PKP ikut suka hati.

Tambahan pula buat mereka yang menyimpan angan-angan untuk pulang ke kampung menjelang Ramadhan ini.

Sebanyak 11 penjara sementara akan beroperasi bermula 23 April ini untuk tahanan ingkar PKP.

Sekaligus memberi pilihan kepada orang ramai samada ingin menyambut Ramadhan di rumah atau di dalam penjara sebagai merasakan kelainan.

Sumber: Berita Harian

Ingin melanjutkan pengajian pada tahun  2021?

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here