Perintah Kawalan Pergerakan sudah dilanjutkan dari 18 Mac hingga 12 Mei 2020. Oleh itu, kawalan pergerakan masyarakat Malaysia masih lagi terbatas. Masyarakat yang mempunyai urusan yang penting sepanjang tempoh PKP ini disarankan untuk memuat turun aplikasi Gerak Malaysia di telefon bimbit mereka. 

Aplikasi ini berfungsi untuk memudahkan urusan permohonan untuk mendapatkan permit pergerakan rentas negeri yang hanya dilakukan secara dalam talian. Oleh itu, anda tidak perlu bersesak-sesak di balai polis untuk mendapatkan permit pergerakan. Bagi mereka yang tidak mempunyai telefon bimbit, permohonan boleh dilakukan di balai polis yang berhampiran. Namun, anda perlu melakukan temu janji terlebih dahulu bagi mengelakkan kesesakan berlaku di balai polis. 

BACA JUGA :   Pergerakan Hanya Dalam 10KM Sahaja

“Melalui aplikasi ini, kod QR unik yang dijana akan diimbas dan diperiksa oleh anggota bertugas di mana-mana sekatan jalan raya (SJR), sekaligus memudahkan pergerakan pemohon.”

Permohonan permit pergerakan ini adalah yang terkandas di kampung halaman dan mahu pulang kediaman atau tempat bekerja di bandar. Permohonan boleh dilakukan bermula hari ini sehingga esok sahaja iaitu 29 April 2020.

Aplikasi ini boleh dimuat turun di AppsStore, Google Store, Apple App Store dan juga Huawei App Gallery. Pengguna perlu memberi kebenaran aplikasi ini untuk mengakses lokasi GPS. Ianya adalah bertujuan untuk mengesahkan lokasi sebelum meluluskan permit pergerakan.

Permohonan ini dapat meringan beban pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengenalpasti jumlah pengguna yang bakal terbabit. Sebelum ini, pihak PDRM perlu menyediakan jadual perjalanan bagi memastikan kelancaran operasi.

BACA JUGA :   COVID-19 : Perintah Kawalan Pergerakan BUKAN Perintah Berkurung

PDRM telah menyediakan jadual perjalanan seperti di bawah.

1 Mei 2020 – Perak, Johor, Kelantan

2 Mei 2020 – Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang

3 Mei 2020 – Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu

Perjalanan perlu dilakukan pada hari ditetapkan mengikut permit pergerakan yang diluluskan. Keadaan ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas daripada berlaku.

Sumber dari Berita Harian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here