Tahukah anda, fenomena meteor atau hujan meteor akan melintasi langit bumi pada 23 April ini? Hujan meteor jenis ini adalah antara yang tertua yang wujud sejak 2,700 tahun lalu. Rakyat Malaysia akan dapat menyaksikan fenomena ini yang dijangka akan menemui anda pada jam 5:48 pagi pada 23 April bersamaan dengan hari Khamis.

Disebabkan atas arahan Perintah Kawalan Pergerakan  dan kurangnya pencemaran udara yang dilakukan oleh manusia, langit dapat dilihat dengan jelas pada waktu malam. Oleh itu, peluang anda untuk menyaksikan fenomena ini pasti tercapai.

Dikatakan, hujan meteor ini aktif antara 16 hingga 25 April. Namun mesti ada yang tertanya-tanya adakah perlu alatan canggih seperti teleskop untuk menyaksikan fenomena ini. Selagi cuaca cerah dan jelas, anda boleh menyaksikannya hanya dengan mata kasar.

Sumber dari The Secrets of the Universe

Fakta Meteor Lyrid

  • Hujan meteor ini terjadi sebanyak 100 meter per jam. Kejadian dimana hujan meteor turun dalam keadaan yang laju adalah pada tahun 1803 di Virginia, 1992 di Yunani, 1954 du Jepun dna juga 1982 di Amerika Syarikat.
  • Hujan meteor ini boleh disaksikan ketika waktu malam atau gelap. Pemandangan yang bagus adalah jauh dari cahaya seperti lampu jalan.
  • Meteor ini berasal dari keluarga komet c/1861 g1 Thatcher.

Jangan lupa saksikan fenomena ini dan abadikan kenangan tersebut di dalam gambar mahupun video. Jangan lupa untuk kongsi hasil karya anda di Deenamik di ruangan komen.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara?

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here