Sebahagian daripada kajian yang menggunakan sejenis ubat malaria sebagai rawatan virus COVID-19 yang dijalankan oleh saintis di Brazil telah dihentikan.
Ini kerana apabila pesakit yang diberi ubat antimalaria itu mengalami komplikasi yang melibatkan jantung.
Satu perempat daripada mereka yang diuji dalam kajian menunjukkan masalah apabila diberi dos lebih tinggi .
Penyelidik mendapati degupan jantung tidak sekata selepas tiga hari iaitu pada pesakit yang mengambil dos tinggi.
Memetik portal berita Independent iaitu laporan penerbitan perubatan dalam talian medRxiv, seramai 11 pesakit meninggal dunia pada hari keenam.
Sejenis penawar yang serupa iaitu hydroxychloroquine dan chloroquine telah disyorkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.
Ia selepas beberapa ujian awal menunjukkan dapat membendung COVID-19 daripada memasuki sel manusia.
Kesan sampingan yang serius berkenaan ubat tersebut telah lama diketahui iaitu degupan jantung yang boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba.
Kajian di Kota Manaus, Brazil, Amazon mendapati 81 daripada 440 pesakit kronik COVID-19 diuji dengan dua dos chloroquine telah berjaya dirawat dengan cara itu.
Selain itu, saintis telah menghentikan prosedur berkenaan apabila mendapati satu perempat daripada pesakit mengalami kesan sampingan.
Pesakit yang mengambil ubat sebanyak 600 miligram dua kali sehari selama 10 hari itu mengalami masalah denyutan jantung.
Oleh itu, trend mendapati kematian lebih banyak berlaku dalam kelompok itu. Penyelidik memaklumkan bahawa hanya satu peserta sahaja dalam kajian yang dijalankan tidak menunjukkan tanda-tanda virus dalam tisu tekak selepas melalui rawatan.
Perkara lain yang ditekankan dalam kajian ialah pesakit yang menerima dua antibiotik iaitu ceftriaxone dan azithromycin akan dapat kesan sampingan kepada hati.
Presiden Brazil, Jair Bolsonaro dan Trump telah banyak kali mengesyorkan penggunaan gabungan hydroxychloroquine-azithromycin walaupun ia belum dibuktikan keberkesanannya.
Mencari platform sambung belajar?
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)