Menuntut ilmu di universiti luar negara adalah sebuah impian dalam kalangan para pelajar. Tidak kiralah dalam bidang apapun dan negara manapun. Apa yang pasti adalah universiti yang ditawarkan itu universiti yang diiktiraf.
Bidang pengajian Islam tidak semestinya dituntut di Timur Tengah sahaja. Ianya juga ada ditawarkan di Indonesia. Antara universiti yang ditawarkan di Indonesia ini ialah Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim (UIN SUSKA) dan Universitas Islam Negeri Ar-Raniry (UIN Ar-Raniry).
Anda boleh memilih Indonesia sebagai destinasi anda untuk melanjutkan pengajian selain daripada Mesir dan sebagainya. Selain bidang pengajian Islam yang ditawarkan, terdapat juga bidang lain seperti pergigian, farmasi, perubatan dan veterinar ditawarkan di Indonesia.
Syarat asas kelayakan untuk mendaftar ialah:
- Terbuka kepada semua lepasan SPM, STPM, STAM, Asasi, Matrikulasi, Diploma @ Setaraf.
- Lepasan STAM, syarat minimum ialah pangkat Maqbul.
- Untuk lepasan Diploma, Matrikulasi, Asasi, STPM & Setaraf, CGPA mestilah 3.00 dan ke atas.
- Untuk lepasan SPM, IGCSE, O-Level, lulus semua subjek
Bidang yang ditawarkan pula ialah:
- Syariah & Hukum
- Dakwah & Komunikasi
- Usuluddin
- Tarbiyyah & Keguruan
- Psikologi
- Pertanian & Penternakan
- Sains & Teknologi
- Ekonomi & Ilmu Sosial
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi Daulah Educonsult dan konsultan Daulah Educonsult bersedia membantu anda.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed