Gambar Sekadar Hiasan

Semua peniaga makanan yang menjalankan perniagaan melalui kaedah e-bazar ketika bulan Ramadan seharusnya mengambil suntikan anti-tifoid.

Ia adalah bagi mengelakkan jangkitan penyakit bawaan melalui makanan dilaporkan dan seharusnya peniaga melalui proses pendaftaran dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sumber: Google

Menurut Pakar Perubatan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata ia adalah penting terutamanya ketika negara sedang berhadapan dengan krisis kesihatan.

Malah, ianya juga untuk mengelakkan daripada keadaan bertambah parah dengan jangkitan penyakit lain.

Tambahnya lagi, PBT sepatutnya menguatkuasakan undang-undang agar peniaga makanan mengambil berat tentang kepentingan suntikan tifoid.

Selain itu, ia menjamin keyakinan para pembeli terhadap tahap kebersihan penjualan serta penyediaan makanan.Terutamanya dibahagian zon merah COVID-19 iaitu mempunyai kepadatan penduduk, kebanjiran warga asing serta pergerakan manusia.

BACA JUGA :   Syarat Asas Pemandu Safer

Hal ini secara tidak langsung dapat membendung daripada penyakit seperti demam kepialu, paratifoid dan kolera.

Senaraikan peniaga berdaftar

PBT seharusnya membuat senarai peniaga makanan yang berdaftar dan mengambil suntikan tifoid atau tidak.

Bagi memastikan pembeli peka dengan makanan yang dibeli mereka menerusi peniaga yang berdaftar atau tidak.

Walaubagaimanapun, ia tidak tertumpu kepada peniaga sahaja, malah penghantar makanan turut digalakkan mengambil suntikan ini.

Penganjuran kursus

PBT boleh menganjurkan kursus secara dalam talian kepada peniaga dalam tempoh yang singkat.

Kursus yang dimaksudkan adalah untuk mereka memahami cara pengendalian makanan secara selamat dan bersih kerana tiada pemeriksaan kesihatan dapat dilakukan ketika ini.

Namun begitu, jika ada peniaga yang masih berdegil, mereka sewajarnya tidak diberikan lesen untuk menjalankan perniagaan. Ini kerana kebersihan dan kesihatan adalah menjadi keutamaan ketika musim wabak ini.

BACA JUGA :   Pendaftaran Percuma Untuk Menjadi Rakan Pemandu Dan Penghantar.

Kemungkinan e-bazar yang mungkin akan menjadi satu trend untuk masa akan datang dan sebaiknya dipraktikkan sekarang agar dapat membendung penyakit lain.

Memandangkan Bahagian Kawalan Mutu Makanan berada di bawah kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mungkin kementerian itu juga boleh menghebahkan perkara tersebut.

Sumber: Berita Harian

Jom daftarkan perniagaan makanan anda dengan SAFER Food Merchant !

Talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here