Tradisi sambutan Ramadan adalah berbeza mengikut suku kaum, masyarakat, negara, tempat dan sebagainya. Ada sesetengah masyarakat hanya menyambutnya dengan biasa-biasa sahaja. Ada yang menyambutnya dengan menganjurkan kenduri dan sebagainya.

Jika di Malaysia, tiada sambutan seperti pesta dan sebagainya. Ianya hanya meraikan seperti biasa dan bersedia untuk melakukan ibadah dan merebut pahala sepanjang bulan Ramadan. Tetapi ada juga tradisi seperti negeri-negeri tertentu yang menyambut Ramadan dengan kelainan.

Ini adalah tradisi di Indonesia yang menjadi kebiasaan buat sesetengah masyarakat di berlainan daerah.

Nyorog
Sumber: Google

Di Indonesia, terdapat banyak suku kaum dan pastinya sambutan Ramadan berbeza-beza mengikut suku kaum kaum. Buat masyarakat Sunda, mereka kebiasaannya membahagikan makanan kepada jiran tetangga dan anggota keluarga.

BACA JUGA :   Belajar Di Luar Negara Atau Dalam Negara Lepas SPM ?

Tradisi ini dilakukan oleh orang muda membahagikan makanan itu kepada orang yang lebih berusia atau orang tua. Ia bertujuan untuk meminta restu dan melancarkan ibadah puasa.

Malamang
Sumber: Google

Bagi tradisi Minangkabau pula, apabila menjelang bulan Ramadan, masyarakat ini akan membuat lemang secara beramai-ramai. Ia adalah bagi meraikan bulan Ramadan yang tiba.

Meugang
Sumber: Google

Meugang adalah tradisi masyarakat Aceh apabila tibanya Ramadan. Ia adalah acara memasak daging dan makan bersama anak-anak yatim piatu. Acara ini lebih kurang dengan perayaan Hari Raya Korban kerana menyembelih lembu dan memasaknya. Tradisi ini sudah menjadi tradisi wajib buat masyarakat di Aceh kerana masyarakat ini percaya akan kebaikan dan keberkatan bulan Ramadan.

BACA JUGA :   Peluang Menuntut Di Luar Negara Bersama Daulah Educonsult

Anda ingin belajar di Indonesia? Jom daftar dengan Daulah Educonsult

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here