Rusia bukan sahaja dikenali dengan peradaban yang tinggi, namun juga industri pendidikan yang dipandang tinggi oleh negara lain. Rusia adalah antara negara yang menawarkan universiti bertaraf antarabangsa dan menerima pelajar dari seluruh pelusuk negara. Negara terjadinya lokasi Perang Dunia Pertama ini menawarkan bidang pengajian perubatan.
Inginkan maklumat lanjut, teruskan setia membaca kerana Deenamik ingin war-warkan bahawa Daulah Educonsult sedang membuka peluang kepada anda yang berminat melanjutkan pengajian ke Rusia.
DAULAH EDUCONSULT menawarkan bidang pengajian perubatan kepada pelajar lepasan SPM/IGCSE/O-Level/Matriks/Asasi/STPM/A-level/IB/Diploma @ setaraf. Anda sudah boleh melakukan permohonan mulai sekarang kerana kemasukan seterusnya adalah pada bulan SEPTEMBER 2020.
Antara bidang yang ditawarkan di universiti perubatan di Rusia termasuklah Pra-Perubatan, Perubatan, dan juga Gerontologi (Social Works).
Universiti Perubatan Di Rusia :
Kursk State Medical University (KSMU)
Universiti yang terletak di Kursk ini menawarkan bidang pengajian Pra-Perubatan, Perubatan dan juga Gerontologi (Social Work). KSMU antara universiti yang menawarkan “lock fee” yang bermaksud jumlah yuran yang perlu dibayar adalah sama walaupun nilai Ringgit Malaysia mengalami kenaikan dan peningkatan. KSMU adalah pilihan utama pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Privolzhsky Research Medical University
Universiti perubatan yang turut dikenali dengan Nizhny Novgorod Medical Academy terletak di bandar Nizhny dan merupakan uiversiti perubatan pertama di bandar ini. Menawarkan bidang pengajian Perubatan, universiti ini telah berjaya menghasilkan lebih 40,000 orang graduan yang berkhidmat di pelbagai bidang perubatan di dunia.
Volgograd State Medical University
Universiti yang terletak berhampiran dengan Sungai Volaga ini mempunyai hubungan antarabangsa dengan negara India, Malaysia, China, Amerika Syarikat dan sebagainya. Universiti bertaraf antarabangsa ini menawarkan bidang pengajian Perubatan dan tempoh pengajian adalah selama 6 tahun.
I.M. Sechenov First Moscow State Medical University
Universiti perubatan ini adalah antara universiti perubatan yang disyorkan di Rusia. Dibina seawal tahun 1758, universiti yang terletak di badnar Moscow yang merupakan ibu negara bagi Rusia menawarkan bidang pengajian Perubatan.
Russia National Research Medical University
Antara universiti terawal yang mengiktiraf wanita juga mampu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Baru sahaja menyambut ulang tahun yang ke 115 tahun, universiti ini menawarkan bidang Perubatan kepada para pelajar yang berminat melanjutkan pengajian ke universiti ini.
Kebanyakan pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke universiti di luar negara sering risau dengan pengiktirafan universiti. DAULAH EDUCONSULT menawarkan hanya universiti yang sudah mendapat pengiktirafan dari WHO, KPT, MQA, JPA, dan MMC.
Berminat? Kemasukan seterusnya adalah pada bulan SEPTEMBER 2020. Daftar segera sebelum kuota yang dibuka penuh!
Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)