Kerjaya sebagai seorang doktor adlah kerjaya yang mulia. Walaupun doktor bekerja dalam tekanan yang sangat tinggi, namun mereka masih memberikan komitmen yang tinggi atas tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Untuk laluan sebagai kerjaya seorang doktor, anda perlu menamatkan pengajian selama 5 hingga 6 tahun tempoh pengajian. Sama ada di universiti dalam negara mahupun luar negara. Selepas tamat pengajian, anda perlu mendaftar dengan Malaysia Medical Council (MMC) dan seterusnya menjalani latihan sebagai Housemanship Officer.

Tambahan, universiti tersebut perlu mendapat pengiktirafan dari WHO, KPT, MQA, JPA, MMC, MDC, dan MVA. DAULAH EDUCONSULT menawarkan beberapa universiti di Rusia, Indonesia, Mesir, Bangladesh dan negara lain dalam bidang perubatan.

Ingin tahu, skop kerjaya apa yang boleh dipohon jika anda melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan? Teruskan membaca bersama Deenamik.

Anaestheologist

Doktor pakar dalam bidang ini berperanan dalam memberikan anestesia kepada pesakit sama ada untuk melegakan kesakitan atau menidurkannya sebelum melakukan pembedahan. Mereka akan dilatih untuk mengendalikan anestasia kepada pesakit semasa pembedahan.

Allergist

Merupakan doktor pakar perubatan khusus dalam pengenalpastian dan rawatan asma, alahan akibat ahiwan, makanan atau ubat-ubatan dan juga penyakit lain yang berkaitan. Tambaha, doktor pakar ini juga berfungsi dilatih untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menimbulkan penyakit tersebut.

BACA JUGA :   Tawar Bekalan Bahan Mentah untuk Rakyat - Selangor Agro Market

Andrologist

Doktor pakar yang khusus hanya untuk lelaki dan merawat maslah urologi, seksual dan reproduktif yang unik pada lelaki.

Cardiologist

Berperanan dalam sistem kardiovaskular iaitu sistem yang berkaitan dengan jantung dan juga saluran darah. Mereka juga berperanan dalam mendidik pesakit mengenai punca-punca penyakit jantung dan rawatan yang sesuai untuk mereka. Terdapat juga pakar Cardiologist untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai pakar pediatrik.

Dermatologist

Dermatologist adalah doktor pakar dalam mengenalpasti masalah yang berklaitan dengan masalah kulit, kuku dan rambut.

Gastroenterologist

Bidang ini memberikan tumpuan terhadap perawatan penyakit saluran pencernaan iaitu termasuklah penyakit yang berkaitan dengan perut, usus kecil, usus besar, pankras dan juga hati.

Geriatrician

Doktor pakar yang melibatkan perawatan orang tuas seperti dementia, delirium, penyakit alzhemier dan juga kecederaan lain yang berkaitan dengan orang tua. Bidang pengajian yang sesuai adalah Gerontologi (Social Work). DAULAH EDUCONSULT menawarkan bidang ini di Kursk State Medicla University yang terletak di Rusia.

BACA JUGA :   Belajar Di Luar Negara Atau Dalam Negara Lepas SPM ?

Sebenarnya banyak lagi bidang kerjaya sebagai doktor perubatan. Kerjaya sebagai doktor memerlukan kesabaran dan kecekalan yang sangat tinggi. Namun, kerjaya ini sejujurnya membantu ramai masyarakat untuk pulih.

DAULAH EDUCONSULT menyediakan peluang belajar perubatan ke universiti di luar negara. Universiti yang menjadi pilihan DAULAH EDUCONSULT adalah berdaftar dan diiktiraf di bawah WHO, KPT, MQA, JPA, MMC, MDC, dan MVA. 

Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya.  Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here