Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh umat islam seluruh dunia. Inilah masa untuk umat islam menjalani ibadah tarawih. Namun, tahun ini, ia tidak mengizinkan solat tarawih dilakukan di masjid dan surau secara berjemaah. Ambillah peluang ini untuk melakukan solat tarawih bersama ahli keluarga anda serta mengeratkan lagi ukhuwah.

Solat terawih yang dilakukan secara dalam talian adalah tidak sah ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Hal ini dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Nasihat beliau kepada orang ramai adalah untuk menjalankan ibadah dirumah sepanjang tempoh PKP ini. Solat berjemaah sah dilakukan sekiranya nampak pergerakan fizikal yang dilakukan imam dan bukannya dalam talian.

BACA JUGA :   Guna Keputusan Percubaan SPM Mohon Belajar Pengajian Islam

Andai kata solat tarawih ini dilakukan dalam talian, pergerakan imam kemungkinan tidak dapat dilihat sekaligus masalah jaringan internet. Tambah beliau lagi, solat tarawih lebih elok untuk dilakukan dirumah bersama ahli keluarga dalam tempoh PKP ini.

Kesihatan orang awam perlu diutamakan dalam memutuskan rantaian COVID-19 ini. Hal ini diputuskan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Kali ke-3, Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) diadakan.

Mesyuarat itu menetapkan keseragaman tiada solat tarawih secara berjemaah dilakukan di surau dan masjid di seluruh negara buat masa ini. Selain itu, mesyuarat itu turut membincang serta menerima pandangan ulama dari negeri lain mengenai pernikahan secara dalam talian.

BACA JUGA :   Pengajian Bidang Gerontologi Kini Dibuka Di KSMU

Menyimpan hasrat untuk BELAJAR DI MESIR? Jom daftar dengan Daulah Educonsult !

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here