Presiden Donald Trump mengatakan pada Rabu semalam bahawa Amerika Syarikat telah melepasi virus COVID-19 paling buruk.

Sekaligus menjangkakan garis panduan akan diumum untuk membuka kembali ekonomi pada Khamis.

Menurut beliau, strategi agresifnya sudah jelas berjalan lancar. Tetapi pertempuran masih berlanjutan tetapi data seluruh negara telah menunjukkan kita sudah mencapai puncak kes baharu.

Perkembangan itu menggembirakan serta meletakkan negara itu dalam kedudukan yang kukuh untuk menyelesaikan garis panduan bagi menarik semula sekatan dan larangan seterusnya untuk membuka semula negara berkenaan.

Dalam menghadapi pemilihan semula yang sukar pada November, Presiden Republik itu begitu optimis bagi membuka kembali ekonomi terbesar di dunia secepat yang mungkin.

BACA JUGA :   Tempat-Tempat Menarik Yang Terdapat Di Riau, Indonesia

Isnin lalu, beliau mengancam untuk menggunakan sepenuhnya kuasa yang ada padanya untuk memaksa gabenor setiap negeri mengikuti arahannya.

Arahan yang diberikan itu ialah membuka kembali ekonomi masing-masing sehinggakan ia menimbulkan kemarahan banyak pihak.

Menurut Trump lagi semasa taklimat Rabu lalu, mereka akan membuka semula negeri namun sudah ada negeri yang telah dibuka awal.

Amerika Syarikat berdepan dengan wabak COVID-19 yang terburuk apabila hampir 633,000 kes disahkan.

Menurut Johns Hopkins University, ia adalah jumlah tertinggi didunia sekaligus meragut hampir 28,000 nyawa di seluruh negara yang juga tertinggi didunia.

Sumber: Berita Harian

Jom sambung belajar dengan Daulah Educonsult!

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

BACA JUGA :   Maahad Buuth Peluang Untuk Anda Selami Ilmu Pengajian Islam Di Mesir.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here