Berminat melanjutkan pengajian ke universiti di Indonesia namun masih keliru dengan pilihan universiti yang ada? Usah bimbang, DAULAH EDUCONSULT akan membantu anda dalam membuat pilihan. DAULAH EDUCONSULT menawarkan perkhidmatan mengurus dan membantu pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara.

Hari ini, Deenamik ingin berkongsi sedikit info yang diperoleh daripada DAULAH EDUCONSULT. Universitas Sumatera Utara (USU) yang terletak di Medan, Indonesia ini menawarkan pengajian perubatan, pergigian dan farmasi. Inginkan maklumat lebih lanjut mengapa anda perlu belajar ke universiti ini? Ayuh teruskan membaca!
Kos Pengajian Yang Rendah
Universitas Sumatera Utara adalah salah satu universiti yang mengamalkan sistem UKT (Uang Kuliah Tunggal) dalam sistem pembayaran yuran pelajar sejak tahun 2013. Berbanding dengan Universitas Gadjah Mada atau Universitas Indonesia, yuran pengajian USU jauh lebih murah. Walaupun mempunyai yuran pengajian yang rendah, ini tidak bermakna USU mempunyai fasiliti yang berkualiti rendah.
Fasiliti & Kemudahan Yang Lengkap
Fasiliti yang terdapat di USU menepati piawaian yang berkualiti dan standard. Misalnya seperti dewan, bilik kuliah, kemudahan beriadah dan juga hiburan semuanya dalam keadaan selesa dan selamat untuk digunakan.
USU memiliki antara perpustakaan yang terbaik di universiti-universiti di Indonesia. Antaranya, USU dilengkapi dengan fasiliti seperti makmal yang digunakan untuk tujuan perubatan dan pembelajaran.
Universiti Pilihan Di Indonesia
USU adalah universiti pilihan bukan sahaja pelajar dari Indonesia tapi di seluruh Asia Tenggara. Hal ini kerana mereka peka dengan rating dan kedudukan universiti ini dalam melahirkan pelajar yang berkualiti. Bidang pengajian yang ditawarkan seperti perubatan, pergigian dan farmasi menarik minat pelajar dari Malaysia untuk mendaftar sebagai pelajar di universiti ini.
Universiti ini bermula dengan fakulti perubatan. USU memegang gelaran sebagai universiti perubatan tertua di Indonesia. Tambahan, USU adalah kampus induk bagi Universitas Syiah Kuala, Universitas Negeri Medan dan Politeknik Negeri Medan.
Peluang Pekerjaan Yang Cerah
USU adalah universiti awam yang diiktiraf oleh WHO, KPT, MQA, JPA, MMC, dan MDC. Oleh itu pelajar yang mendaftar di universiti ini tidak perlu risau sekiranya sijil pengajian anda tidak laku. DAULAH EDUCONSULT akan memastikan universiti yang dipohon oleh pelajar adalah diiktiraf.
Indonesia Negara Yang Pelbagai
Pelajar USU terdiri dari pelbagai latar belakang agama dan kebudayaan. Setakat ini tidak terdapat program yang berunsur sensitif dan isu perkauman. Tambahan, agama rasmi Indonesia adalah agama Islam. Oleh itu, makanan halal sangat mudah didapati. Malaysia dan Indonesia mempunyai koleksi makanan yang hampir kurang sama. Oleh itu, pelajar Malaysia tidak akan menghadapi masalah untuk belajar di universiti ini.
Kemasukan seterusnya adalah pada bulan SEPTEMBER 2020. Namun anda sudah boleh melakukan pendaftaran mulai sekarang. Peluang ini dibuka kepada pelajar lepasan SPM/IGCSE/O-Level/Matriks/Asasi/STPM/A-level/IB/Diploma @ setaraf.
Tempoh Pengajian
- Pergigian – 5 tahun
- Farmasi – 4 tahun
- Perubatan – 6 tahun
Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir, Poland, Rusia, Indonesia, Turki, Bangladesh dan sebagainya. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Farmasi, Pergigian, Gerontologi, Akaun, Kejuruteraan Pesawat, Perniagaan Antarabangsa, Teknologi Maklumat dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)