Amalan ‘3c’ yang Patut Dilakukan oleh Majikan dalam Kalangan Pekerja

0
624

Semua majikan disarankan untuk mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Konsep ‘3C’ yang diperkenalkan itu adalah bertujuan untuk menghentikan penyebaran dan mengekang penularan COVID-19 dalam kalangan pekerja asing.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hisham Abdullah menyatakan bahawa konsep itu adalah bagi mengelakkan kawasan sesak (crowded spaces), tempat sempit (confined spaces) dan bercakap atau bertutur dalam jarak dekat (close conversation). 

Sebelum ini, terdapat laporan berkenaan dengan pekerja warga asing yang tinggal secara beramai-ramai dan sesak di dalam satu unit kediaman. Tambah Ketua Pengarah Kesihatan lagi, kelaziman itu juga harap dapat diamalkan oleh majikan-majikan lain serta individu yang terlibat.

BACA JUGA :   Perkahwinan "Drive-thru" Dapat Pujian

Selain itu, beliau turut menyatakan jika kaedah baru ini dijadikan sebagai budaya, pastinya COVID-19 dapat dicegah dan rantaian diputuskan dalam kalangan masyarakat. KKM yang sebelum ini pernah memaklumkan terdapat warga Bangladesh yang berkongsi kediaman kira-kira 18 orang. Hal itu menyebabkan jangkitan berlaku dalam kalangan pekerja warga asing.

Sumber: Astro Awani

Duduk dirumah jika tiada keperluan untuk keluar dan sentiasa menjaga kebersihan. Jika anda keluar, pastikan anda mengamalkan jarak sosial dan memakai penutup mulut. Sentiasa membawa hand sanitizer untuk mencegah kuman.

Jom ikuti program Madrasah Daulah dan Maahad Buuth serta lanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar dengan Daulah Educonsult !

 

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here